Skip to content

RIDZMAN ZIDAINE & SUGANYA MEWAKILI MALAYSIA’S NEXT MODEL WAVE

Kongsikan artikel ini

Dengan wajah yang segar, personaliti yang kuat dan pendekatan yang lebih autentik terhadap fesyen, model seperti Ridzman Zidaine dan Suganya membentuk naratif baharu tentang apa maknanya menjadi model di Malaysia hari ini.

Dalam dunia fesyen yang sentiasa bergerak pantas, kemunculan wajah-wajah baharu sering menjadi petanda kepada perubahan yang lebih besar. Generasi model masa kini bukan lagi sekadar menjadi “hanger” untuk pakaian di pentas peragaan atau halaman majalah. Mereka kini hadir dengan identiti, perspektif dan pengaruh tersendiri. Sesuatu yang semakin jelas melalui kemunculan model tempatan seperti Ridzman Zidaine dan Suganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Kedua-duanya mencerminkan semangat baharu model Malaysia: berani, berkarisma dan lebih sedar tentang peranan mereka dalam membentuk imej serta naratif fesyen tempatan. Dalam era digital yang didorong oleh visual dan personaliti, model tidak lagi sekadar berdiri di hadapan kamera. Mereka juga menjadi wajah kepada gaya hidup, budaya dan identiti yang lebih luas.

Identiti Visual Yang Berbeza

Apa yang membezakan model generasi ini adalah keunikan visual mereka. Ridzman Zidaine tampil dengan aura maskulin moden yang mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai estetika. Daripada editorial berunsur avant-garde sehinggalah kepada kempen fesyen yang lebih komersial. Wajahnya yang tegas dan kehadirannya yang tenang di hadapan kamera menjadikan setiap visual terasa kuat dan berkarakter.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ridzman zidaine 🇲🇾 (@ridzm4n)

Suganya pula membawa pesona yang berbeza. Dengan keanggunan yang semula jadi dan ekspresi yang mudah berubah mengikut mood penggambaran. Dia memiliki keupayaan untuk menterjemah pelbagai naratif fesyen daripada minimalisme moden hingga estetika yang lebih dramatik. Keunikan ini menjadikan setiap kemunculannya terasa segar dan relevan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alia Bastamam (@aliabastamamkl)

Era Media Sosial dan Model Sebagai Personaliti

Tidak dapat dinafikan bahawa media sosial turut mengubah cara industri melihat peranan seorang model. Platform digital membuka ruang kepada model untuk membina persona mereka sendiri. Berkongsi gaya hidup, inspirasi fesyen dan sisi peribadi yang sebelum ini jarang dilihat oleh khalayak.

Bagi Ridzman dan Suganya, kehadiran digital ini bukan sekadar pelengkap, tetapi sebahagian daripada identiti profesional mereka. Ia membolehkan mereka berinteraksi secara langsung dengan audiens, sekali gus menjadikan model bukan hanya sebagai wajah kempen, tetapi juga sebagai personaliti yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam budaya fesyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ridzman zidaine 🇲🇾 (@ridzm4n)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suganya (@suganyaaaaaaaa)

Masa Depan Model Malaysia

Kemunculan model seperti Rridzman Zidaine dan Suganya juga mencerminkan evolusi industri fesyen tempatan yang semakin terbuka kepada kepelbagaian wajah dan karakter. Dalam landskap yang semakin global, model Malaysia kini dilihat bukan sahaja sebagai bakat tempatan, tetapi sebagai sebahagian daripada naratif fesyen yang lebih luas di rantau ini.

Jika sebelum ini model sering dilihat sebagai figura disebalik pakaian. Kali ini mereka membuktikan bahawa mereka juga mampu menjadi suara dan identiti kepada sebuah era fesyen yang sedang berkembang. Dan dengan tenaga baharu yang mereka bawa, jelas bahawa masa depan model Malaysia kini berada di tangan generasi yang bukan sahaja tampil di hadapan kamera,  tetapi juga membentuk arah industri itu sendiri.

Artikel Berkaitan: DOMINASI GLOBAL: RIDZMAN ZIDANE & SUGANYA. DUA TOP MODELS MENGHIASI COVER GLAM LELAKI MAC 2026

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DOMINASI GLOBAL: RIDZMAN ZIDANE & SUGANYA. DUA TOP MODELS MENGHIASI COVER GLAM LELAKI MAC 2026

Bacaan Lanjut

SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut

JACOB ELORDI ANTARA SELEBRITI PALING BERGAYA 2025

Bacaan Lanjut

ELEGAN, MASKULIN DAN ‘FRESH’: 3 HARUMAN CHANEL PILIHAN LELAKI BERKELAS

Bacaan Lanjut

5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut
ridzman zidaine

5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK

Bacaan Lanjut