Skip to content

ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

Kongsikan artikel ini

Pasangan merpati dua sejoli, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Walaupun butiran mengenai kelahiran dan jantina anak mereka masih dirahsiakan, pasangan itu memberi petunjuk bahawa mereka telah selamat menimang cahaya beberapa minggu lalu dengan membuat kemunculan di tempat awam.

Dalam beberapa foto yang berjaya dirakam paparazi, mereka dilihat bersiar-siar di sekitar Los Angeles sambil menolak kereta sorong bayi. Turut menyertai mereka adalah ibu Suki, Elizabeth.

Kali terakhir kelibat model dan aktres itu dirakam media adalah pada 25 Februari. Sejak minggu itu akaun media sosialnya tidak aktif. Dalam hantaran terakhir pada 29 Februari di mana dia berkongsi tentang perkembangan album terbaru, perut besarnya masih kelihatan. Bermakna anak mereka dilahirkan selepas tarikh itu dan kini berusia kurang sebulan.

Suki mengumumkan kehamilannya kepada umum pada November tahun lalu ketika membuat persembahan di Cotona Capital Festival di Mexico City. Dia muncul di atas pentas dalam gaun pendek berkilauan yang menyerlahkan baby bump miliknya.

“Saya memutuskan untuk pakai baju berkilauan bagi mengalihkan perhatian anda daripada sesuatu yang saya sembunyikan. Saya tidak pasti sama ada saya berjaya atau tidak,” selorohnya kepada penonton.

Hubungan Robert Pattinson & Suki Waterhouse

Pasangan ini mula dikaitkan bersama pada 2018, setahun selepas aktor Twilight itu berpisah dengan penyanyi-penulis lagu, FKA Twigs. Mereka dirakam meluangkan masa dengan satu sama lain di London pada bulan Julai.

Pada Disember 2022, mereka membuat kemunculan pertama sebagai pasangan kekasih di karpet merah pertunjukan Dior Fall 2023 Menswear Collection di Great Pyramid of Giza, Mesir. Di Instagram, Suki memuat naik dua foto polaroid dirinya di acara tersebut.

Robert Pattinson & Suki Waterhouse

Foto: Sportskeeda

“Saya tidak akan sesekali melupakan pertunjukan ini, di bawah kerdipan bintang dan di hadapan Piramid Giza, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Keduanya turut merakam kenangan bersama di acara tersebut. Mereka dilihat berpegangan tangan dan tertawa riang dalam kebanyakan foto. Pasangan ini pernah dirakam di sebuah parti Dior pada 2020 tetapi memilih untuk berjalan berasingan di karpet merah bagi merahsiakan perhubungan mereka.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: “CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

Bacaan Lanjut
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD

5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

Bacaan Lanjut
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

Bacaan Lanjut