Skip to content

RODRIGO DUERTE UNGGULI UNDIAN MANUSIA PALING BERPENGARUH 2017 OLEH TIME

Kongsikan artikel ini

Kelantangannya bersuara serta populariti mendadak menjadikan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte manusia paling berpengaruh tahun 2017 mengikut undian yang dilaksanakan oleh majalah TIME dengan memperolehi 5% undian, mengalahkan calon-calon lain seperti Justin Trudeau di tempat kedua, Pope Francis di tempat ketiga, dan Bill Gates pula di tangga ketiga dengan masing-masing mendapat 3% undian. Buat makluman, undian sudahpun berakhir ahad lepas.

Populariti Rodrigo mula merebak dan dunia seakan mula mengalihkan perhatian semenjak beliau lantang menyebut ‘Go to hell’ (pergilah ke neraka) kepada Presiden Obama sekitar tahun lepas. Selain itu, pemimpin yang berusia 72 tahun itu juga  mengisytiharkan perang besar-besaran terhadap dadah selepas beliau dilantik menjadi Presiden Filipina pada bulan Julai tahun lepas. Berdasarkan laporan Reuters, 80K rakyat Filiphina terbunuh angkara dadah dalam tempoh masa setahun.

(Photo credit: Getty Images)

Secara rasminya, senarai 100 teratas telah menampilkan pelbagai artis-artis popular, usahawan, ahli politik, ahli parlimen, ahli-ahli sains, teknologi dan perniagaan disruptors yang disusun oleh editor majalah itu dan dan bakal diumumkan pada 20 April ini.

Tahun lepass, Rodrigo turut tercalon dalam senarai Manusia Paling Berpengaruh oleh Majalah Forbes di mana beliau mendapat tempat ke 70.

Sumber: time.com

Oleh: Wan Mohd Firdaus, 19 April 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut