Skip to content

SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

Kongsikan artikel ini

Lima bulan menempuh alam persaraan, Safee Sali mengumumkan dia bakal menghangatkan kerusi konti sebagai penyampai radio.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dipilih menjadi personaliti jemputan radio Era untuk segmen hujung minggu yang baru diperkenalkan, Super Safee ERA. Ia akan ke udara pada setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 11 pagi bermula 12 Ogos ini.

Segmen tersebut bakal memaparkan info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa. Ini termasuk berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan.

safee sali

Foto: Instagram

“Saya tidak hanya mengulas mengenai sukan tetapi pelbagai topik. Pada peringkat awal ini, segmen terbabit dibuat dalam bentuk rakaman. Tetamu pula dari semua golongan. Saya tak hadkan kepada ahli sukan sahaja. Sebab semua orang termasuk ahli politik pun bersukan. Saya juga akan menyelitkan unsur hiburan dalam segmen berkenaan. Saya tidak mudah untuk saya bercakap tentang hiburan kerana ia bukan bidang saya. Namun saya akan cuba sebaik mungkin,” katanya, menurut Harian Metro.

Peluang Safee Sali Hadir Tanpa Diduga

Menurut bekas atlet berusia 39 tahun itu, dia terkejut apabila ditawarkan menjadi penyampai radio hanya sehari selepas mengumumkan persaraan. Sepanjang 20 tahun bergelar terlibat dalam arena bola sepak, dia pernah berkhidmat dengan banyak pasukan termasuk KL City, Selangor, PKNS, PJ City, JDTdan Pelita Jaya (Indonesia).

safee sali

Foto: Facebook

“Memang sangat terkejut sehari selepas umum bersara dalam arena bola sepak pada 24 Februari lalu, pihak radio Era hubungi saya memberikan tawaran ini. Saya berfikir dulu dan ambil masa kerana ia satu benda baru buat saya. Dari bidang sukan kepada penyampai radio. Apa satu benda pun saya tak tahu. Banyak perkara yang saya bincangkan dengan pengurusan sebelum menerima tawaran ini,” ujarnya.

Atlet kelahiran Kajang itu mengambil masa sekitar dua hingga tiga bulan untuk menerima tawaran tersebut. Dan kini, kerisauan utamanya adalah penerimaan peminat.

“Daripada sukan ke radio satu cabaran untuk saya. Memang satu cabaran besar kerana peminat sukan bukan golongan yang dengar radio. Macam mana saya nak tarik mereka, itu yang saya fikirkan. Semua perkara ini berlaku selepas persaraan.”

Walaupun bakal bergelar penyampai radio, dia tetap mahu merealisasikan impian untuk menubuhkan Akademi Safee Sali bagi melahirkan bakat baru bola sepak.

Foto: Facebook

Pautan berkaitan: “INILAH MASANYA” – SHUIB KEMBALI SEBAGAI PENYAMPAI RADIO

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Uniqlo Malaysia

KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut
Blink

“TIDAK SEMUA LELAKI ADALAH CHAUVINISTIC” – BLINK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

IMRAN AQIL ILHAMKAN LAGU BUNGA DAHLIA KEJUTAN BUAT DAHLIA RIZAL

Bacaan Lanjut
PERSIAPAN HAMPIR SIAP, SHUIB TERUJA BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA

PERSIAPAN HAMPIR SIAP, SHUIB TERUJA BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA

Bacaan Lanjut
KHAIRY JAMALUDDIN: DARI PARLIMEN KE KONTI RADIO

KHAIRY JAMALUDDIN: DARI PARLIMEN KE KONTI RADIO

Bacaan Lanjut