SAMAKAN DIRI DENGAN ALLAH, JAY PARK MOHON MAAF
Penyanyi rap Korea-Amerika, Jay Park membuat permohonan maaf kepada peminat beragama Islam buat kali kedua selepas dikritik kerana membandingkan dirinya dengan Allah dalam lagu Mukkbang (Remix).
Park menulis ciapan di Twitter tiga hari lalu mengakui dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah pada awalnya apabila dikecam peminat.
“Ketika membaca komen-komen (bukan yang mengeji, tetapi yang bertujuan untuk mendidik mengapa ia menyinggung perasaan), barulah saya tahu tanpa sengaja saya menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya dalam lirik lagu.
“Saya tiada hak untuk menggunakan perkataan yang sangat besar maknanya buat Muslim dalam lirik saya secara bebas. Justeru saya memohon maaf kepada semua peminat saya yang beragama Islam,” tulisnya.
🙏❤️ I humbly apologize. pic.twitter.com/uOUwxzqdN0
— JAY BUM PARK (@JAYBUMAOM) May 27, 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA
Sama seperti anak lelaki sulungnya, cahaya mata kedua Song Joong Ki turut dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali.
EMINEM ‘BUNUH’ ALTER EGO SLIM SHADY DALAM ALBUM TERBARU
Tular sebuah treler yang menunjukkan seorang wartawan jenayah palsu mengumumkan kematian alter-ego penyanyi itu, Slim Shady.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI
Post Malone mencuri perhatian ramai selepas berjaya menurunkan berat badan yang banyak dengan melakukan satu perubahan kecil.
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS
Christinna Kuan & Hun Haqeem menggayakan koleksi musim panas 2023 GUESS-mengadaptasi motif dan siluet musim panas pada desain terkandung.
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA
Jungjae Lee dilantik sebagai duta global Gucci dan menghiasi kempen terbaru Gucci Valigeria. Mengertikan kembara mewah sebenar.