Skip to content

“SAYA TERASA SANGAT TUA” - ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

Kongsikan artikel ini

Selepas tiga bulan menimang cahaya matanya sulung, Robert Pattinson akhirnya meluahkan perasaan dan keterujaannya bersama peminat.

Sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen Pakaian Lelaki Dior Musim Bunga/Panas 2025 di Paris baru-baru ini, aktor itu bercakap mengenai puteri sulungnya buat kali pertama.

“Memiliki anak membuatkan saya terasa sangat tua dan sangat muda pada masa sama. Saya kagum melihat betapa cepatnya personaliti anak-anak muncul. Walaupun baru berusia tiga bulan, personaliti anak perempuan saya sudah terserlah,” katanya.

Dalam video yang dimuat naik di laman X itu, dia turut menyifatkan anak perempuannya “sangat comel”.

Kelahiran Puteri Robert Pattinson & Suki Waterhouse

Hujung Mac lalu pasangan ini memberi petunjuk kelahiran anak sulung dengan membuat kemunculan di tempat awam sambil menolak kereta sorong bayi. Dalam beberapa foto yang dirakam paparazi, mereka dilihat berjalan-jalan di sekitar Los Angeles bersama ibu Suki, Elizabeth.

Foto: Backgrid

Suki mengumumkan kehamilannya pada November 2023 ketika membuat persembahan di Cotona Capital Festival di Mexico City. Dia muncul di atas pentas dalam gaun pendek berkilauan yang menyerlahkan baby bump miliknya.

“Saya memutuskan untuk pakai baju berkilauan bagi mengalihkan perhatian anda daripada sesuatu yang saya sembunyikan. Saya tidak pasti sama ada saya berjaya atau tidak,” selorohnya kepada penonton.

Pasangan ini mula dikaitkan bersama pada 2018, setahun selepas aktor Twilight itu berpisah dengan penyanyi-penulis lagu, FKA Twigs. Mereka dirakam meluangkan masa dengan satu sama lain di London pada bulan Julai.

Pada Disember 2022, mereka membuat kemunculan pertama sebagai pasangan kekasih di karpet merah pertunjukan Pakaian Lelaki Dior Musim Luruh 2023 di Great Pyramid of Giza, Mesir.

Robert Pattinson & Suki Waterhouse

Foto: Sportskeeda

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: BAGAIMANA ROBERT PATTINSON BINA OTOT KEKAR UNTUK WATAK BATMAN?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

Bacaan Lanjut
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD

5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

Bacaan Lanjut
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

Bacaan Lanjut