Skip to content

“SAYA TIDAK MENGEJAR REKOD, REKOD MENGEKORI SAYA” - CRISTIANO RONALDO

“SAYA TIDAK MENGEJAR REKOD, REKOD MENGEKORI SAYA” – CRISTIANO RONALDO

Kongsikan artikel ini

Pada usia hampir memasuki empat dekad, Cristiano Ronaldo dilihat masih berbisa apabila terus mempamerkan persembahan luar biasa di padang.

Bintang Portugal itu melakar sejarah apabila memecah rekod terbanyak yang dijaringkan dalam semusim pada Liga Pro Saudi baru-baru ini. Dia menjaringkan dua gol ketika perlawanan terakhir liga musim ini kala Al-Nassr menundukkan Al-Ittihad 4-2 pada aksi yang berlangsung di Al-Awwal Park, Riyadh.

Ronaldo mencatat 35 gol liga sekali gus mengatasi rekod yang dipegang Abderrazak Hamdallah, bekas penyerang Al-Nassr yang kini bermain untuk Al-Ittihad. Pemain Maghribi itu menjaringkan 34 gol pada musim 2018-2019.

Secara keseluruhan bapa kepada lima cahaya mata itu telah mengumpul 49 gol dalam saingan Liga Pro Saudi. Empat daripadanya dijaringkan pada musim lalu.

Cristiano Ronaldo Liga Pro Saudi

Foto: Reuters

Aksi Ligat Cristiano Ronaldo Di Liga Pro Saudi

Dalam perlawanan tersebut, bintang berusia 39 tahun itu berjaya membuka jaringan untuk Al-Nassr pada penghujung separuh masa pertama. Dia membuat rembatan leret dari sebelah kiri selepas menerima hantaran jauh daripada Mohammed Al-Fatil.

Pada separuh masa kedua pula, Ronaldo menanduk hantaran daripada sepakan sudut Marcelo Brozovic pada minit ke-69. Seterusnya menjaringkan gol kedua. Dia sempat berkongsi kejayaannya memecah rekod Liga Pro Saudi di laman sosial, “Saya tidak mengejar rekod, rekod mengekori saya,” tulisnya.

Koleksi jaringan Ronaldo ini membantu Al-Nassr mencipta 100 gol pada musim ini. Sekali gus menjadikannya gol terbanyak satu musim dalam sejarah kelab tersebut buat julung kalinya.

Pada kempen Liga Pro Saudi, Al-Nassr meraih kedudukan kedua selepas mengumpul 82 mata hasil 26 kemenangan, empat keputusan seri dan empat kekalahan.

 

Foto: SPL

Pautan berkaitan: PENGHORMATAN BUAT CRISTIANO RONALDO DARIPADA PENYOKONG MU & LIVERPOOL

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CRISTIANO RONALDO TERUS MENGUASAI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut
5 FOTO SUKAN YANG MERAIH TANDA SUKA PALING BANYAK DI INSTAGRAM

5 FOTO SUKAN YANG MERAIH TANDA SUKA PALING BANYAK DI INSTAGRAM

Bacaan Lanjut
KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI

KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI

Bacaan Lanjut

ALASAN CRISTIANO RONALDO MENINGGALKAN MANCHESTER UNITED

Bacaan Lanjut

10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022

Bacaan Lanjut

ATLET SUKAN YANG PALING KAYA PADA 2022

Bacaan Lanjut