Skip to content

SEJARAH HITAM MAHKOTA PERMATA DIRAJA BRITAIN YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

SEJARAH HITAM MAHKOTA PERMATA DIRAJA BRITAIN YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Kongsikan artikel ini

Istiadat pertabalan yang berlangsung 6 Mei lalu menyaksikan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menggayakan beberapa mahkota permata Diraja.

Walaupun perhiasan kebesaran Diraja itu amat mempesona, beberapa berlian mewah yang menghiasi mahkota tersebut mewakili sejarah hitam imperialisme Empayar British. Kini, monarki yang baru ditabal menjadi Raja berdepan desakan untuk menghantar pulang ‘khazanah’ itu kepada negara asal.

Menjelang pertabalan Raja Charles, Istana Buckingham memberi jaminan bahawa Permaisuri Camilla tidak akan memakai berlian Koh-i-noor penuh kontroversi pada hari bersejarah itu. Sebaliknya dia menggayakan berlian Cullinan, koleksi permata yang dikaitkan dengan sejarah kolonial Britain di Afrika Selatan. Tidak lupa juga sebentuk lagi permata kontroversi, berlian Lahore. Buat kebanyakan orang yang negaranya pernah dijajah Britain, berlian-berlian ini termasuk mahkota permata Diraja adalah peringatan kepada eksploitasi sejarah yang menyakitkan.

Ayuh selami sejarah hitam di sebalik permata yang berada dalam simpanan monarki Britain.

3 of 3

Berlian Cullinan

Berlian yang dilombong di Pretoria, Afrika Selatan pada 1905 ini adalah permata terbesar yang pernah ditemui dalam sejarah. Dinamakan sempena pembesar perlombongan Afrika Selatan Thomas Cullinan, ia dihadiahkan kepada Raja Edward VII pada 1907 semasa Afrika Selatan masih di bawah jajahan British. Berlian yang juga dikenali sebagai Bintang Afrika itu pada asalnya seberat 3,025 karat. Ia kemudiannya dipotong menjadi sembilan bahagian. Potongan terbesar Cullinan diletakkan pada tongkat kerajaan manakala kedua terbesar disemat pada mahkota Raja Charles. Mahkota Permaisuri Camilla mengandungi tiga batu daripada berlian Cullinan yang pernah dipakai oleh Ratu Elizabeth sebagai kerongsang. Rakyat Afrika Selatan menggesa agar berlian itu dipulangkan kerana ia dijarah ketika British melakukan penindasan ke atas negara mereka.

mahkota permata

Foto: AP

 

Foto: AP

Pautan berkaitan: RAJA CHARLES III MEMECAH TRADISI DIRAJA PADA UPACARA PERTABALAN

3 of 3

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

Bacaan Lanjut
BARISAN TETAMU YANG BAKAL HADIR, TIDAK BERPELUANG KE ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES

PENGHORMATAN BUAT RATU ELIZABETH II PADA ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES & PERMAISURI CAMILLA

Bacaan Lanjut
10 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG RAJA CHARLES III

10 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG RAJA CHARLES III

Bacaan Lanjut