SELEBRITI YANG BERGELUT DENGAN KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA
Kesihatan mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud beberapa hari lalu turut dikaitkan dengan masalah ini.
Menurut keluarganya, aktor Euphoria itu menghidap gangguan mental yang menjadi teruk selepas kematian bapanya seminggu lalu. Perkara itu juga diketahui beberapa rakan selebriti serta pencipta dan pengarah bersama Euphoria, Sam Levinson.
“Tiada siapa dapat menandingi Angus. Dia terlalu istimewa, terlalu berbakat dan terlalu muda untuk meninggalkan kita seawal ini. Dia juga bergelut dengan ketagihan dan kemurungan, sama seperti sebahagian besar daripada kita. Berehatlah dengan tenang dan semoga Tuhan memberkati keluarganya,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat yang meninggal dunia pada 26 Julai lalu juga mengalami masalah kesihatan mental. Dia disahkan menghidap gangguan bipolar kesan menjadi mangsa dera ibunya sejak kecil. Malah dia sering berkongsi pegelutannya di media sosial termasuk dalam memoirnya, Rememberings yang diterbitkan pada 2021. Kesihatan mentalnya menjadi lebih teruk selepas anak remajanya, Shane Lunny meragut nyawa sendiri pada Januari 2022.