Skip to content

SELEBRITI MENGHIDAP MASALAH KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA

SELEBRITI YANG BERGELUT DENGAN KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA

Kongsikan artikel ini

Kesihatan mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud beberapa hari lalu turut dikaitkan dengan masalah ini.

Menurut keluarganya, aktor Euphoria itu menghidap gangguan mental yang menjadi teruk selepas kematian bapanya seminggu lalu. Perkara itu juga diketahui beberapa rakan selebriti serta pencipta dan pengarah bersama Euphoria, Sam Levinson.

“Tiada siapa dapat menandingi Angus. Dia terlalu istimewa, terlalu berbakat dan terlalu muda untuk meninggalkan kita seawal ini. Dia juga bergelut dengan ketagihan dan kemurungan, sama seperti sebahagian besar daripada kita. Berehatlah dengan tenang dan semoga Tuhan memberkati keluarganya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat yang meninggal dunia pada 26 Julai lalu juga mengalami masalah kesihatan mental. Dia disahkan menghidap gangguan bipolar kesan menjadi mangsa dera ibunya sejak kecil. Malah dia sering berkongsi pegelutannya di media sosial termasuk dalam memoirnya, Rememberings yang diterbitkan pada 2021. Kesihatan mentalnya menjadi lebih teruk selepas anak remajanya, Shane Lunny meragut nyawa sendiri pada Januari 2022.

Selain Angus Cloud dan Sinead O’Connor, GL kongsikan lima lagi selebriti yang bergelut dengan masalah kesihatan mental.

2 of 5

Shawn Mendes

Pada Julai 2022, pelantun lagu Nervous ini menunda konsert Wonder: The World Tour untuk memberi fokus pada kesihatan mental. Akuinya, dia mengalami tekanan dan telah mencapai titik kemuncak di mana dia perlu berehat daripada membuat persembahan.

“Saya sedih untuk berkongsi berita ini dengan anda semua, tetapi sayangnya saya terpaksa menangguhkan persembahan selama tiga minggu. Saya telah menjayakan konsert jelajah sejak berusia 15 tahun dan jujurnya, berada jauh dari keluarga dan rakan-rakan adalah sesuatu yang amat sukar. Selepas berbincang dengan pakar perubatan, saya perlu mengambil sedikit masa untuk pulih serta menjaga kesihatan diri dan mental. Itu paling utama,” tulisnya di Instagram.

Kesihatan mental

Foto: Getty Images

2 of 5

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

INI SEBAB KATY PERRY TAWAR GANJARAN SEKS KEPADA ORLANDO BLOOM

Bacaan Lanjut
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut

KENDALL JENNER DAN BAD BUNNY BINTANG DALAM KEMPEN BAHARU GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN TERHANGAT DI ANUGERAH MTV VMA 2023

Bacaan Lanjut