SELEPAS 3 DEKAD, DATUK RIZALMAN UMUM BERSARA
Siapa yang tidak mengenali pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman. Berjaya menempa nama dan populariti dalam bidang fesyen serta menjadi pereka pilihan selebriti, semalam beliau mengumumkan akan bersara daripada bidang tersebut. Berusia 49 tahun, keputusan mengejutkan itu diumumkan pada malam atur cara Kesuma Jiwa yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, malam tadi.
https://www.instagram.com/p/B8yXgfEJPZ-/
Dalam nada sebak, beliau menjelaskan,“Saya meminta keizinan daripada anda semua untuk mengundurkan diri daripada dunia fesyen. Saya ingin bersara mulai malam ini. Ini merupakan pertunjukan fesyen saya yang terakhir. Saya minta maaf tapi perjalanan saya sebagai pereka fesyen berakhir pada malam ini.”
Menurut sumber, jenama fesyen miliknya itu akan diteruskan oleh pembantu, Faizul Surani, yang dipercayai berkemampuan untuk menggalas tanggungjawab itu. Malah menurut Rizalman lagi, selain mahu memberi peluang kepada generasi baharu mengambil alih kedudukannya, beliau turut berhasrat untuk meneroka bakat seni lain yang ada dalam dirinya, selain mendekatkan diri dengan Tuhan.
Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang mendapat sambutan luar biasa itu turut disaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut dihidangkan dengan nyanyian rangkaian lagu dari Dayang Nurfaizah, penonton juga berpeluang menyaksikan koleksi terakhir Rizalman sebagai pereka fesyen kerjasama dengan Zalora.
Walau apa pun keputusan yang diambil Datuk Rizalman, all the best from us here in GLAM Lelaki!
Jom kita recap sedikit fakta menarik tentang Datuk Rizalman:
- Lahir di Georgetown, Pulau Pinang pada 28 Oktober 1971.
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Seni Lukis dan Reka (Fesyen) UiTM Shah Alam.
- Anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.
- Pada tahun 1995, memulakan rangkaian koleksi fesyen sendiri dengan jenama RIZALMAN.
- Kini memiliki rangkaian perniagaan seperti GLAM Casa, GLAM Reka & The RI Maison by Rizalman.
- Lahir dari keluarga berdarah seni. Ibunya seorang tukang jahit, dan bapanya pula jurufoto fesyen.
- Wan Zaleha Radzi adalah pelanggan pertamanya dari kalangan selebriti.
Foto: Instagram @rizalman71
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Dato’ Sri Bernard Chandran sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan berbakat besar malah digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tomok sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.
“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Khoon Hooi sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.