SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA
Di sebalik jadual yang padat dan komitmen global bersama SHINee, Choi Minho membuktikan bahawa disiplin fizikal dan kerjaya hiburan mampu berjalan seiring. Menjelang kemunculannya di pentas SMTOWN LIVE di Fukuoka, Minho terlebih dahulu mencuri perhatian apabila menyertai HYROX Osaka 2026, acara kecergasan berintensiti tinggi yang kini menjadi fenomena global.
HYROX Osaka
Berlangsung di INTEX Osaka, HYROX Osaka 2026 menghimpunkan ribuan peserta dari seluruh dunia dalam format perlumbaan yang menggabungkan lari sejauh 8 kilometer dan lapan stesen latihan ‘functional’.Dalam persiapan konsert berskala besar SMTOWN, kehadiran Minho di HYROX Osaka memperlihatkan komitmen fizikal yang jarang dilihat dalam kalangan artis global. Ia juga mencerminkan rutin latihan yang menjadi asas kepada stamina dan prestasi bertenaganya di atas pentas.
Selepas menamatkan penyertaan di Osaka, Minho dijadualkan bergerak ke Fukuoka untuk konsert SMTOWN LIVE. Konsert SMTOWN LIVE ini menghimpunkan barisan artis SM Entertainment dari pelbagai generasi. Bagi peminat, momen ini menambah lapisan baharu terhadap personaliti Minho. Bukan sekadar idola K-pop, tetapi seorang atlet gaya hidup yang konsisten menguji batas diri. Sama ada di atas trek perlumbaan mahupun di bawah sorotan lampu pentas.

Minho memperlihatkan sisi dirinya di luar pentas hiburan nyata menyentuh hati para peminatnya. Reaksi positif membanjiri media sosial, apatah lagi apabila sebuah fancam merakam detik simbolik nombor penyertaan HYROX masih melekat di lengannya ketika dia berdiri di pentas SMTOWN.

Antaramahli SHINee yang paling aktif bersukan, Minho menjadikan larian, latihan gim, bola sepak dan golf sebagai sebahagian rutin hidupnya. Disiplin fizikal ini bukan sahaja menyokong stamina dan karisma pentasnya. Rutin ini mengangkat Minho sebagai figura inspirasi yang membuktikan bahawa gaya hidup sihat mampu bergerak seiring dengan tuntutan kerjaya global.
Artikel Berkaitan: HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI
Boho Mengkuang Nazifi Nasri menggabungkan inspirasi seni tradisional dan estetika moden dalam satu interpretasi fesyen kontemporari.
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan yang cukup luar biasa.
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026
ZEVE ini memperkenalkan kempen istimewa berjudul The Style Manifesto yang membawa satu mesej ringkas tetapi penuh makna.
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!
Peminat SEVENTEEN, CARATs berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi SEVENTEEN POP-UP yang berlangsung di Ombak KLCC.
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN
Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith, tiga wajah baharu yang menarik perhatian menerusi filem Kudrat 1968: High Council.











