Skip to content

SHUK SAHAR BUKAN LAGI PENYAMPAI RADIO HOT FM

SHUK SAHAR BUKAN LAGI PENYAMPAI RADIO HOT FM

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Walau kecewa, Shuk menerima berita tersebut dengan hati terbuka. “Saya okey dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian. Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.

Kontroversi mengenai pergolakan rumah tangga Shuk menjadi tular bulan lalu apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera membuat pendedahan mengejutkan di Instagram.

Menerusi beberapa hantaran, Sera mengatakan suaminya berlaku curang dengan wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. Namun Shuk berjaya mencuri kembali hati isterinya selepas membuat kejutan dengan menghantar rombongan ‘meminang’ ke kediamannya pada 8 Februari lalu.

 

Image result for shuk sahar

 

Foto: Filepic

 

Baca: MARK ADAM SERTAI GENG PAGI HOT

 

 

 

2 of 2