SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI THAILAND DENGAN FOLLOWERS TERTINGGI DI INSTAGRAM?
Antara BamBam, Bright, ataupun Win Metawin, siapakah selebriti lelaki Thailand yang mempunyai jumlah followers yang paling tinggi di Instagram?
Bintang Thailand terus bikin fenomena di seluruh dunia! Hari ini, barisan selebriti Thai terus meluaskan pengaruh mereka, terutamanya selebriti lelaki Thailand yang menjadi kegilaan peminat di Malaysia. Dari Apo Nattawin dan Mile Phakphum kepada Gulf Kanawut dan Tay Tawan, mereka antara yang mencipta sensasi dengan kolaborasi bersama jenama-jenama utama antarabangsa.

Foto: OMEGA Malaysia
Mereka bukan sahaja dianugerahkan dengan rupa yang kacak dan gaya yang terkini, tetapi mereka juga mempunyai personaliti yang mesra dan cukup disenangi. Seperti Thailand yang digelar “The Land of Smiles”, mereka juga tidak kaku melayan peminat-peminat mereka dengan penuh senyuman.
Seperti awal Mei lalu, seorang lagi bintang Thai telah diterbangkan secara eksklusif ke Kuala Lumpur untuk menghadiri acara pelancaran butik OMEGA terbaru. James Jirayu Tangsrisuk telah menghangatkan acara pembukaan yang diadakan di The Exchange TRX. Turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan seperti Marion Counter, Hael Husaini dan ramai lagi.

Foto: Burberry
Di pentas antarabangsa pula, Bright Vachirawit Chivaaree atau lebih popular dengan gelaran BRIGHT terus mengetuai fenomena ini. Terbaharu, pelakon dan penyanyi Thai itu telah menghangatkan acara fesyen paling berprestij, Met Gala 2024. Dia menggayakan rekaan eksklusif daripada Burberry, selaku duta jenama untuk rantau Asia Pasifik. Bermula dengan siri “F4: Boys Over Flowers” pada 2021, bakat muda Thailand ini juga sudah beberapa kali berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri acara eksklusif.
Berikut adalah 10 selebriti lelaki Thailand dengan jumlah pengikut yang tertinggi di Instagram setakat 2024:
10. Gun Atthaphan (@gun_atthaphan)
Jumlah followers: 6.3 juta
9. James Jirayu Tangsrisuk (@jirayu_jj)
Jumlah followers: 6.7 juta
8. Dew Jirawat (@dew_jsu)
Jumlah followers: 7.6 juta
7. Mark Prin (@mark_prin)
Jumlah followers: 8.8 juta
6. Mario Maurer (@mario_mm38)
Jumlah followers: 8.8 juta
5. Boy Pakorn Chaborirak (@boy_pakorn)
Jumlah followers: 9.9 juta
4. Ten NCT (@tenlee_1001)
Jumlah followers: 11.5 juta
3. Win Metawin (@winmetawin)
Jumlah followers: 14.6 juta
2. BamBam GOT7 (@bambam1a)
Jumlah followers: 17.7 juta
1. Bright Vachirawit (@bbrightvc)
Jumlah followers: 18.6 juta
Baca lebih lanjut: KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAUS NOWHERE BANGKOK KINI DIBUKA DI ICONSIAM
Haus Nowhere Bangkok kini berada di Iconsiam dengan kehadiran Felix Stray Kids, Bright, Win, Orm dan Fourth di hari pembukaan. HAUS NOWHERE Bangkok kini secara rasmi dibuka di Iconsiam, menandakan butik ketiga Gentle Monster dan butik pertama Tamburins di Bangkok. Selepas kejayaan di Seoul, Shanghai dan Shenzhen, projek HAUS NOWHERE tampil sebagai ruang runcit eksperimental…
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
KENALI ISTERI CANTIK JAMES JIRAYU, FOAM BENJAMAS
Dari teman lama kepada isteri dan bakal ibu, Foam Benjamas mengukir kisah indah bersama James Jirayu yang memikat peminat.
PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT
Lelaki tinggi mempunyai kelebihan tersendiri dalam menggayakan diri sendiri jika mereka dapat panduan yang betul.
GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Selebriti-selebriti Asia mendominasi musim fesyen kali ini dengan wajah mereka berada di serata acara Milan Fashion Week Men's SS26.
KEMUNCULAN SEMULA GOT7 SELEPAS 3 TAHUN
GOT7 bakal kembali secara lengkap dalam dunia muzik selepas tiga tahun dinanti-nantikan oleh peminat mereka, iGOT7.











