Skip to content

SILK SONIC, OLIVIA RODRIGO DAN JON BATISTE MENDOMINASI GRAMMYS 2022

Kongsikan artikel ini

Jon Batiste mengungguli dengan lima trofi keseluruhan, Silk Sonic memenangi kategori utama untuk lagu “Leave The Door Open”, dan penyanyi sensasi berusia 19 tahun, Olivia Rodrigo memenangi tiga anugerah termasuk Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammys 2022.

Anugerah Grammys ke-64 telah berlangsung meriah terus dari MG Grand Garden Arena di Las Vegas. Majlis tahun ini diterajui oleh pengacara The Daily Show, Trevor Noah yang sempat membuat lawak mengenai insiden yang berlaku di Oscars 2022 minggu lalu. Anugerah Grammys 2022 menyaksikan dominasi tiga bintang iaitu Jon Bastiste, Olivia Rodrigo dan Silk Sonic.

Jon Batiste (Photo by Johnny Nunez/Getty Images for The Recording Academy)

Jon Batiste menggungguli dengan lima trofi, termasuklah kemenangan dalam kategori terkahir iaitu Album Terbaik melalui album “We Are”. Penyanyi utama untuk rancangan bual bicara The Late Show With Stephen Colbert itu mendahului dengan 11 pencalonan keseluruhan, dan kemenangan untuk lagu “Cry”, video muzik “Freedom” serta runut bunyi filem animasi “Soul”.

Olivia Rodrigo (Photo by Jeff Kravitz/FilmMagic)

Menepati ramalan peminat, Olivia Rodrigo dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik. Penyanyi sensasi berusia 19 tahun itu turut mendominasi kategori pop dengan kemenangan dalam dua katgeori iaitu Persembahan Solo Pop Terbaik melalui lagu “Drivers License” dan juga Album Vokal Pop Terbaik untuk album debutnya berjudul “Sour”.

Anderson .Paak dan Bruno Mars daripada Silk Sonic (Photo by Emma McIntyre/Getty Images for The Recording Academy)

Silk Sonic yang dianggotai oleh Bruno Mars dan Anderson .Paak mengungguli dua katgeori utama iaitu Lagu Terbaik dan Record of the Year melalui lagu hit mereka, “Leave The Door Open”. Mereka menewaskan pencabar utama iaitu Olivia Rodrigo, Billie Eillish, Justin Bieber, Lil Nas X, dan Doja Cat. Doja Cat bersama SZA memenangi trofi Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik dengan lagu hit mereka, “Kiss Me More”.

V, Suga, RM, Jin daripada BTS dan Trevor Noah juga J-Hope, Jungkook, dan Jimin daripada BTS (Photo by Johnny Nunez/Getty Images for The Recording Academy)

Kumpulan rock, Foo Fighters yang baharu sahaja kehilangan pemain drum mereka, Taylor Hawkins, menerima penghargaan dalam tiga kategori rock. Mereka memenangi trofi Persembahan Rock Terbaik, Lagu Rock Terbaik dan Album Rock Terbaik. Foo Fighters dijadulanya untuk membuat persembahan tetapi terpaksa menarik diri selepas berita yang mengejutkan dunia rock itu minggu lalu.

Doja Cat dan SZA (Photo by David Becker/Getty Images for The Recording Academy)

Kontroversi tahun ini bermula selepas pengumuman senarai pencalonan untuk setiap kategori lagi. Drake menarik diri daripada dua kategori iaitu Album Rap Terbaik dan Persembahan Rap Terbaik, manakala The Weeknd turut memboikot acara tahun ini selepas menerima tiga nominasi. Bekas pemenang Album Terbaik, Kasey Musgraves pula ditarik kelayakan untuk kategori Album Country Terbaik melalui album “Star-Crossed”.

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: “MO’ FEAST MO’ FUN” DI MOMO’S KUALA LUMPUR

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

Bacaan Lanjut
must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut
Tommy Hilfiger Malaysia

TOMMY HILFIGER MERAIKAN KOLEKSI FALL 2023 BERSAMA FOURTH NATTAWAT, GEMINI NORAWIT DAN NANI HIRUNKIT

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN TERHANGAT DI ANUGERAH MTV VMA 2023

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut