Skip to content

SINAR SELAWAT, HADIAH FATTAH AMIN BUAT PUTERI SULUNG

Kongsikan artikel ini

September lalu, Fattah Amin muncul dengan single bertajuk Kiriman Agung yang didedikasikan khas buat anaknya yang bakal lahir. Ia merupakan percubaan pertama Fattah menyanyikan lagu berkonsepkan ketuhanan.

Kini setelah bergelar bapa, dia hadir pula dengan lagu terbaru, Sinar Selawat sebagai simbolik penghargaan di atas kurniaan puteri sulungnya. Menurut Fattah, Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada 2 Oktober lalu merupakan anugerah kiriman Tuhan yang terindah buat dirinya dan isteri, Nur Fazura.

Sama seperti lagu pertama, Sinar Selawat juga merupakan hasil kerjasama antara komposer terkenal Hafiz Hamidun serta lirik ditulis bersama oleh Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya. Bagi Fattah, setiap baris lirik menyimpan makna yang tersendiri.

“Sinar Selawat menterjemahkan rasa bersyukur saya kepada Allah kerana mengurniakan zuriat buat saya dan isteri. Rasa ini sangat indah, kelahiran Nur Fatima Aisya amat bermakna buat kami dan lebih manis bila diraikan dengan iringan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

 

Fattah Amin & Fazura Belum Sedia Dedah Wajah Nur Fatima Aisya, Harap Peminat Bersabar | Sensasi Selebriti

Foto: Instagram

 

Fattah mengakui, projek istimewa kedua sempena kelahiran anak sulungnya itu begitu dekat dengan hatinya. Sepanjang proses rakaman berlangsung, hatinya begitu tersentuh dengan bait indah lirik yang digarap kemas oleh Ahmad Fedtri.

“Sebagai penulis lirik berpengalaman, nukilan Ahmad Fedtri kena dengan perasaan saya. Malah, liriknya berjaya menyelami segala yang terpendam di sudut hati saya ketika menempuh pengalaman baru sebagai seorang bapa. Setiap bait lirik mempunyai makna tersendiri dan menjadi lebih indah dengan puji-pujian kepada Allah SWT serta selawat sebagai simbolik rasa syukur meraikan kehadiran zuriat pertama dalam hidup saya,” katanya.

 

 

Foto: Filepic

 

Pautan berkaitan: COLIN JOST DIPAKSA BERJENAKA MENGENAI KONTROVERSI ISTERI, SCARLETT JOHANSSON

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN

GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025

GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025

Bacaan Lanjut

TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’

Bacaan Lanjut
jazmy juma abpbh 2025

Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37

Bacaan Lanjut
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025

6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025

Bacaan Lanjut

KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025

Bacaan Lanjut