Skip to content

SKIL PEMANDUAN FATTAH AMIN & SHUKRI YAHAYA BAKAL DIUJI DI TOYOTA VIOS CHALLENGE

Kongsikan artikel ini

Dengan kesungguhan, kemahiran memandu yang dipelajari serta sijil kelayakan dari Toyota Racing Development (TRD) dari Jepun, seramai 24 orang pemandu perlumbaan kini telah tamat pengajian mereka di Sekolah Perlumbaan Vios Challenge dan bersedia untuk mempamerkan bakat dan pengalaman yang ditimba itu di dalam perlumbaan sulung Vios Challenge, yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Ogos akan datang.

Setelah menamatkan kursus pengenalan wajib di mana tenaga pengajar menunjukkan perkara asas seperti protokol keselamatan dan perlumbaan, teknik yang betul untuk mengendalikan kenderaan serta cara terbaik untuk mengekalkan garisan lumba, pelajar-pelajar telah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai perlumbaan dengan selamat sebaik sahaja perlumbaan berkenaan bermula di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bulan hadapan.

Antara pelajar yang telah menamatkan pengajian dan menerima sijil mereka daripada Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy terdiri daripada lapan pelumba selebriti termasuk pelakon Fattah Amin, Diana Danielle, Shukri Yahaya dan Janna Nick. GL bersempatan menemubual dua pelakon popular tanahair, Fattah dan Shukri tentang persediaan dan pengalaman mereka dalam menyahut cabaran ini. Teruskan membaca..

Fattah Amin dan Shukri Yahaya

GLAM Lelaki: Boleh Fattah / Shukri kongsikan dengan pembaca tentang Toyota Gazoo Racing ini dan penglibatan dalam perlumbaan ini.

FATTAH AMIN: Bagi saya ini adalah peluang keemasan yang diberikan oleh Toyota kepada selebriti terpilih untuk menjadi duta, di mana akan berlangsungnya perlumbaan namun sebelum itu kami akan melalui beberapa latihan di school racing selama beberapa bulan. Dan hari ini adalah hari terakhir pembelajaran kami di sini. Lagipun, salah satu impian saya adalah untuk menjadi pelumba sebenarnya. Jadi, ini adalah peluang yang tidak boleh saya lepaskan di mana kami belajar secara terperinci dari tenaga-tenaga pengajar secara eksklusif bagaimana untuk menjadi seorang pelumba. Bukan semata masuk di dalam kereta dan pandu. Banyak yang perlu kita pelajari sebaik masuk ke dalam kereta dan berlumba di atas litar. Tambahan pula, saya memang sukakan speed dan berjiwa kelajuan. Tambahan pula saya ada motorbike sendiri.

SHUKRI YAHAYA: Toyota Gazoo Racing sebelum ini pernah diadakan di negara-negara Asia lain dan ini merupakan pertama kali dianjurkan di dalam Malaysia. Jadi, untuk melibatkan diri dalam cabaran ini bukannya mudah kerana ada pemilihan. Jadi saya bersyukur saya antara selebriti tempatan yang terpilih. Saya memang minat sukan permotoran malah saya sendiri mempunyai motor saya sendiri. Namun sebelum ini hanya bawa di atas jalan raya saja. Jarang sekali masuk ke dalam litar. Jadi dengan melibatkan diri dalam pertandingan ini di samping menyertai kelas pemanduan secara eksklusif, peluang ini memang tidak boleh saya lepaskan.

GLAM Lelaki: Apa yang Fattah / Shukri pelajari sepanjang berada di dalam Toyota Gazoo Racing ini dan ceritakan sedikit persediaan yang dilakukan.

FATTAH AMIN: Sudah pasti persediaan itu perlu ada. Untuk menjadi seorang pelumba, kita bukan sekadar perlu untuk belajar teori semata, namun latihan itu sendiri amat penting. Tambahan pula, kita memerlukan feel untuk berlumba dan merasainya sendiri. Malah, saya sendiri perlu belajar tentang kereta itu sendiri, bagaimana untuk mengendalikan kereta tersebut dan sebagainya.

SHUKRI YAHAYA: Selain mempelajari aspek teknikal dan teori untuk bergelar seorang pelumba, saya mempelajari erti kesabaran, sebab dalam berlumba kita memerlukan kesabaran yang tinggi dan timing yang tepat. Jadi elemen-elemen ini semestinya boleh diterapkan dalam kehidupaan kita. Selain itu, persediaan dari segi kecergasan juga amat penting terutama sekali dari aspek pernafasan yang betul. Maklumlah, dengan pemakaian helmet serta ballerklava itu sedikit sebanyak menyukarkan pernafasan. Jadi pentingnya untuk kita memiliki tubuh badan yang sihat dan bersedia untuk semua ini.

GLAM Lelaki: Apakah cabaran utama yang perlu dilalui oleh Fattah / Shukri dalam perlumbaan ini dan bagaimana anda berdua mengharunginya?

FATTAH AMIN: Cabaran utama sudah pastinya untuk memperbaiki dan meningkatkan keupayaan dan persembahan kita dalam berlumba nanti. Ini kerana saya sememangnya zero-knowledge dalam bidang automotif jadi untuk memahaminya betul-betul memerlukan konsentrasi, komitmen dan kepercayaan yang tinggi.

SHUKRI YAHAYA: Its all fun actually! Cabaran utamanya adalah keterujaan yang susah untuk saya bendung, sampaikan makan pun saya dah tak ingat. Maksudnya, aktiviti ini sememangnya mengujakan. Setiap kali saya berada di dalam kereta tersebut, seakan tidak puas. Mesti nak pandu beberapa lap lagi.

GLAM Lelaki: Buat seorang yang masih baru dalam bidang ini dan mendapat pengalaman eksklusif untuk menjadi seorang pelumba profesional, apa agaknya tip-tip yang boleh Fattah / Shukri berikan? 

FATTAH AMIN: Bagi saya, minat itu perlu ada. Sama jua seperti berlakon. Bila minat dah ada dan peluang sudah ada di depan mata, rugi rasanya kalau kita tidak mencuba. Selain itu, kita perlu terus belajar selok belok dunia permotoran ini. Jangan malu untuk bertanya.

SHUKRI YAHAYA: Pada pandangan saya, buat mereka di luar saya yang ingin menjadi pelumba kereta, perlu menggunakan haluan yang betul. Jangan libatkan diri dalam aktiviti lumba haram dan sebagainya. Selain itu, bidang ini memerlukan komitmen yang tinggi dan banyak perlu kita pelajari. Bukan semata memandu saja, ini kerana ia boleh melibatkan kecelakaan dan kemalangan.

GLAM Lelaki: Apakah kelebihan yang Fattah / Shukri dapat sebagai seorang pelakon dengan menyahut cabaran ini?

FATTAH AMIN: You can be probably anyone! Bila saya dan melalui pengalaman ini, sekiranya di masa hadapan saya menerima tawaran untuk projek yang memerlukan saya berlumba dan memandu lahu, pasti saya tidak gentar lagi dan sekurang-kurangnya saya sudah ada pengalaman tersebut.

SHUKRI YAHAYA: Banyak! Antaranya jika saya menerima tawaran untuk berlakon dalam filem yang memerlukan saya memandu laju, saya tidak memerlukan stuntman lagi, jadi hasilnya nanti babak tersebut akan tampak lebih real dengan emosi yang betul. Selain itu, connection dengan jentera, iaitu kereta itu sendiri juga sebenarnya mampu untuk memberikan impak positif. Maksudnya, sama seperti saya dan watak lain dalam satu-satu projek, kita lebih peka dengan ‘karekter’ tersebut dan bagaimana untuk memahami connection tersebut.

GLAM Lelaki: Harapan Fattah / Shukri dalam Toyota Gazoo Racing ini?

FATTAH AMIN: Dah namapun pertandingankan, sudah pasti saya nak menang! Tetapi apa pun, saya bersyukur dengan pengalaman dan peluang yang diberikan ini. Saya harap saya dapat berikan yang terbaik untuk pertandingan ini dan kesemua empat-empat perlumbaan yang bakal diadakan nanti, insya allah.

SHUKRI YAHAYA: Harapan saya mestilah nak menang. Apa-apapun saya harapkan saya dapat berikan terbaik dalam perlumbaan ini, dan hopefully gaya saya nampak pro lah nanti bila tiba waktu berlumba.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 Julai 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN

Bacaan Lanjut
5 DUDA HOT PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA

5 DUDA ‘HOT & AVAILABLE’ PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
Fattah Amin

THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU

SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU

Bacaan Lanjut
FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

Bacaan Lanjut