“I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE.” – SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU
Minat Sky Iskandar semakin bercambah ke bidang seni lakon…
APAKAH PERUBAHAN YANG DIJANGKA AKAN BERLAKU DALAM FESYEN PADA TAHUN 2023?
Sukar untuk diramal, mungkin lebih banyak haiwan akan berada dalam lapangan fesyen tahun ini. Siapa tahu? Saya melihat banyak corak haiwan dalam koleksi fesyen dan banyak nama-nama besar fesyen seperti Schiaparelli memperkenalkan semula penggunaan bulu palsu. Secara peribadi saya menyukainya! 2023 adalah masa untuk keluar meliar!
TIP FESYEN UNTUK LELAKI?
Tiada tip, just do you boo! Fesyen adalah tentang keyakinan anda dan cara anda membawa keyakinan itu. Kuat ke, seksi ke, ‘flamboyant’ ke, itu semua cara anda. Jadi percayakan diri anda lebih lagi 🙂
LABEL ATAU PEREKA FESYEN KEGEMARAN? MENGAPA?
Untuk pereka fesyen, saya kagumi Joe Chia. Dia seorang yang merendah diri dan cool juga siluet rekaannya sangat berbeza. Kalau jenama fesyen pula, saya suka pada rekaan Saint Laurent, yang mana Anthony Vacarello sebagai pengarah kreatifnya.

APAKAH PANDANGAN SKY TENTANG FESYEN DI MALAYSIA?
Sudah tentu berkembang, daripada gaya jalanan ke couture, sehinggalah ke kitar semula dan ‘thrifting’. Ia adalah aliran kreativiti yang kaya yang kita perolehi di sini. Dan pentingnya untuk bersatu dan meraikan kreativiti masing-masing daripada mengkritik. Terpulang kepada kita untuk mencipta nama dalam industri di sini.
Secara peribadi, saya sangat gembira melihat bagaimana fesyen androgini semakin diterima dan ditonjolkan. Ia sememangnya stail kegemaran saya.
RUTIN PENJAGAAN BADAN SKY?
Setiap pagi selepas bangun saya akan melakukan yoga selama 20-30 minit. Peluh pada waktu pagi itu penting bagi saya. Saya pastikan badan saya fit dengan sentiasa melakukan sukan seperti mengangkat berat, bertinju dan meluncur setiap kali saya tidak bekerja. Dari segi pemakanan, setiap orang berbeza dietnya, bagi saua saya perlu makan banyak kerana badan saya senang terbakar. Jika tak makan, esok dah boleh nampak kurus. Dan elak minum minuman manis dan pencuci mulut.
APAKAH HARAPAN SKY UNTUK TAHUN 2023?
Saya ingin membuat lebih banyak filem di Malaysia dan mengembangkan kerjaya saya ke Indonesia dan mungkin di peringkat antarabangsa sebagai model dan pelakon. I’d like to push boundaries and go to greater heights because I’m a dreamer, I dream big and I don’t settle.
Artikel berkaitan: NICK SYAF, KOREOGRAFER BERTUKAR ‘INFLUENCER’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.











