TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, MUZIK JIN BTS KEMBALI MENDUDUKI CARTA
Jin akhirnya menamatkan latihan ketenteraan selama hampir dua tahun, sekali gus menjadi anggota BTS pertama menyempurnakan khidmat wajib buat lelaki Korea Selatan itu.
Dalam mempersiapkan diri untuk kembali ke dunia luar, para peminatnya menunjukkan tanda sokongan dengan mendengarkan salah satu daripada muzik solonya, Super Tuna.
Lagu yang dilancarkan pada 2021 itu kembali menduduki carta iTunes Amerika Syarikat menjelang tarikh tamat khidmat ketenteraannya. Jin dijangka keluar pada 12 Jun 2024 dan ini tentunya menjadi satu kejutan menggembirakan buatnya.
Ketika artikel ini ditulis, Super Tuna berada pada kedudukan ke-17 dalam carta iTunes.
Lagu Solo Jin BTS Menghantui Peminat
Super Tuna merupakan salah satu daripada lagu solo yang dikeluarkannya tanpa penglibatan anggota BTS lain. Kesemua ahli BTS mempunyai album solo kecuali Jin yang tidak mempunyai koleksi lagu lengkap sendiri.
Penyanyi itu mengeluarkan Super Tuna pada 2021 sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29. Lagu itu gagal memasuki carta Hot 100 di Amerika Syarikat namun berjaya menduduki carta Billboard lain. Ia berada di tangga pertama carta World Digital Song Sales dan pada kedudukan ke-19 dalam carta Digital Song Sales yang tidak memberi pengkhususan pada mana-mana genre atau bahasa.
Jin merupakan anggota BTS pertama yang meninggalkan kem ketenteraan Korea Selatan setelah memasukinya paa Oktober 2022. Manakala ahli kumpulan lain akan tamat perkhidmatan pada tahun hadapan. Latihan ketenteraan merupakan tanggungjawab wajib di Korea Selatan. Semua lelaki yang mempunyai tubuh sihat perlu berkhidmat di dalam ketenteraan selama 18 bulan sebelum usia mereka mencecah 28 tahun.
Pautan berkaitan: PENAMPILAN SEGAK JIN BTS DALAM PAKAIAN SERAGAM TENTERA MENCURI PERHATIAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024
Milan Fashion Week 2024 dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dari serata dunia, termasuklah Korea Selatan.
10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG MENJADI DUTA JENAMA MEWAH
Duta satu jenama merupakan muka kepada jenama itu sendiri dan seseorang boleh menentukan aura sesuatu jenama itu. Impak lelaki Asia dalam dunia fesyen sangatlah besar. Dari K-Pop ke drama Thai, jejaka-jejak ini menjadi pujaan ramai wanita. Telah menjadi satu strategi dan trend bagi jenama-jenama mewah di dunia ini untuk memilih lelaki Asia sebagai duta mereka…
JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU
Tuah menyebelahi Jin apabila diangkat sebagai wajah global baharu rumah fesyen mewah Itali, Gucci.
J-HOPE ANGGOTA BTS KEDUA SERTAI LATIHAN KETENTERAAN WAJIB
Selepas empat bulan Jin memasuki kem latihan Korea Selatan, kini giliran J-Hope BTS pula memulakan khidmat ketenteraan wajib selama 18 bulan.
10 IKON ASIA YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP DUNIA PADA 2022
Tahun 2022 merupakan tahun mencabar buat kebanyakan orang, namun bukan untuk barisan ikon terkenal ini.