TARON EGERTON BAKAL MENGGANTIKAN HUGH JACKMAN SEBAGAI WOLVERINE?
“Pastinya saya akan berasa teruja dan bimbang dalam masa yang sama, kerana Hugh Jackman sudah cukup sinonim dengan watak tersebut dan sudah pasti amat sukar buat sesiapa untuk mengikuti jejak langkahnya. Jika ia berlaku, saya harap mereka memberikan peluang kepada saya,” tambah Taron.
Taron Egerton telah berjumpa dengan Presiden Marvel Studios, Kevin Feige untuk membintangi watak Wolverine dalam francais filem yang paling berjaya di dunia itu. Hugh Jackman telah memegang karakter Logan Howlett atau Wolverine sejak tahun 2000 yang turut mencipta rekod “karier paling lama sebagai karakter aksi sebenar Marvel” oleh Guinness World Record.
Selain francais filem “Kingsman”, Taron Egerton juga terkenal dengan melakonkan watak Elton John melalui “Rocketman” yang menyaksikan dia dianugerahkan trofi Pelakon Lelaki Terbaik Muzikal atau Komedi di Anugerah Golden Globe 2019.
Buat peminat Marvel, tidak lama lagi Ryan Reynolds akan kembali membintangi filem ketiga “Deadpool” yang akan memperkenalkan karakter itu ke dalam Marvel Cinematic Universe.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS
Sekumpulan adi wira baru, Thunderbolts sedang berhimpun di Marvel Cinematic Universe dan bakal membuat kemunculan tidak lama lagi.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024
Dari siri “The Brothers Sun” lakonan Tan Sri Michelle Yeoh kepada filem “Foe” lakonan Paul Mescal dan Saoirse Ronan, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.
PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA
Tempoh perkahwinan yang panjang tidak menjamin kebahagiaan berkekalan. Ramai selebriti yang bercerai-berai walaupun sudah berdekad hidup bersama.
DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT
Baru-baru ini tular berita bahawa Taylor Swift bakal membuat kemunculan dalam filem adi wira Deadpool 3. Ketahui watak yang bakal dimainkannya.
CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?
Cillian Murphy sebelum ini pernah menjayakan watak penjahat dalam filem trilogi The Dark Knight arahan Christopher Nolan.
JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3
Selepas dua dekad, Jennifer Garner akan menghidupkan kembali peranan ikoniknya sebagai Elektra dalam filem terbaru Marvel Studios.