Skip to content

TEKAD SEORANG JAGUH – OOI TZE LIANG

Kongsikan artikel ini

Rutin bergaya dan terjunan bersahaja menjadi percaturan. Pendaratan kemas ibarat satu perhitungan. Setiap momen diambil kira, apatah lagi nama Malaysia dalam pertaruhan. Menjadi atlet kebanggaan dalam sukan terjun negara, Ooi Tze Liang masih belum mampu tersenyum gembira. Ini kerana misi masih belum terlaksana. Beliau tekad untuk terus mara dan bangkit buat negara tercinta. Inilah janji seorang jaguh!

Masih terkesan akan kejayaannya menjadi atlet lelaki pertama Malaysia yang menyarung gah pingat emas di leher sewaktu Sukan Komanwel 2014 untuk acara tiga meter papan anjal di Glasgow, GL mendabik hormat akan atlet muda ini. Walau masih hijau melayari kehidupan, anak muda yang baru beranjak usia 24 tahun ini hadir dengan pakej tekad, semangat juang serta determinasi tinggi, terserlah dalam setiap aksi dalam misinya menabur bakti buat Malaysia.

Atas alasan itu, sudah tiba masanya untuk GL mengabadi kemas wajah Ooi Tze Liang sebagai penghias muka depan kami untuk isu istimewa kali ini. Bertepatan dengan bulan meraikan kemerdekaan negara yang ke-61, aura serta karisma yang ditonjolkan Tze Liang wajar sekali dijadikan inspirasi terutama sekali buat para belia di luar sana.

Mencuri sedikit masa dari kesibukan rutin hariannya dikira cukup mustahil bagi kami, at first! Apatah lagi, Tze Liang kini dalam rangka latihan bagi mempersiapkan dirinya untuk sukan Asia 2018 yang bakal diadakan bulan ini. Walau ini kali pertama Tze Liang melakukan sesi penggambaran melibatkan busana mewah, pujian dan kredit perlu diberikan. Manakan tidak, Tze Liang nyata tidak kekok dalam memperaga di samping menonjolkan sisi lain yang jarang sekali kita lihat. Well done, Tze Liang!

BANGKIT DAN TERUS BERJUANG

Baru-baru ini, arena sukan tanah air digemparkan dengan penularan video di Internet menyaksikan sekumpulan skuad penerjun Malaysia dilihat bersuka ria di dalam sebuah bilik dan kejadian itu dipercayai berlaku di Guangzhou, China. Bukan niat kami untuk mengimbas semula isu panas yang tercalit, namun kami percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. So, what have you learned from the incident? Boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca kami?

“Berkenaan dengan insiden tersebut, sejujurnya saya akui ia sedikit sebanyak telah mencalar kredibiliti skuad kami walaupun saya sendiri tidak terlibat. Bagi saya, sebagai seorang atlet profesional, sewajarnya untuk sentiasa berdisiplin, menjaga diri dan reputasi walaupun sekadar untuk meraikan kemenangan menjuarai pertandingan. Apatah lagi, ramai mengidolakan atlet-atlet negara sebagai contoh dan tauladan terbaik buat mereka, jadi kita perlu sentiasa berhati-hati dalam apa jua tindakan. That would be my advice to all athletes.

Untuk bacaan lanjut dapatkan isuOGOS 2018 yang kini sudah berada di pasaran.

Teks: Wan Mohd Firdaus / Penyelaras & penata gaya: Johan Kassim, dibantu Arie Sampornak / Arahan seni: Shane Rohaizad & Abdul Aziz Draim / Gambar: Hanz Lee / Rambut & mekap: Fendi Sani / Jam tangan ihsan Omega

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut