“Teman wanita saya drives me nuts!” – Nabil Mahir
December 31, 2015
DIA MEMULAKAN KARIER SENI MENERUSI PENGLIBATAN AJNAS IKLAN KOMERSIAL. BERBEKAL PAKEJ LENGKAP DAN MINAT DALAM BIDANG PENYIARAN, NABIL MAHIR DIBERI KEPERCAYAAN MENGENDALIKAN PROGRAM INFOTAIMENT HLIVE! KEPETAHAN DAN KEYAKINAN NABIL DI KACA TV MEMIKAT HATI PENONTON.
Gambar: Patrick Chan

Apakah idea kebahagiaan sempurna?
Bisa bangun dari tidur dan mendapat tahu orang tersayang rasa gembira. Ini membuatkan saya tersangatlah gembira.
Perkara paling ditakuti?
Kehilangan orang tersayang.
Siapakah individu paling dikagumi?
Tentunya ayah saya. Kerana dia insan yang sering menjadi inspirasi dan saya mahu menjadi sepertinya atau mungkin lebih baik.
On what occasion do you lie?
When people almost figure out that I’m Spiderman! (Shhh don’t tell anyone I told you my secret identity). Haha!
Bahagian penampilan tidak disukai?
Hmm… ketinggian saya. Kerana inilah saya tak dapat berpacaran dengan supermodel. Terutamanya kala mereka menyarung kasut tumit tinggi. Thanks, mom!!!
Perkara paling dikesali?
Pabila saya gagal mengotakan kata-kata saya sendiri.
Bila dan di manakah tempat anda rasa paling gembira?
Semasa saya mencuba pandu uji kereta Nissan GTR. I always get crazy around cars.
Apakah bakat sering anda impikan?
Boleh bermain bola sepak seperti pemain bola sepak profesional. Kerana mereka bisa menjana pendapat tinggi sambil bermain sukan yang mereka cintai. Sekali gus, menjadi kebanggaan negara.
What is your current state of mind?
Work hard, play harder.
Pencapaian terbaik?
Setiap perkara saya lakukan yang menjadi kebanggaan ibu bapa saya.
What do you regard as the lowest depth of misery?
Rasa keseorangan di dunia ini dan apa pun yang anda cuba lakukan tetap tidak dapat mengisi rasa kosong tersebut.
Perkara paling dihargai dalam teman-teman baik anda?
Kesetiaan, kejujuran dan even when seeing them after years but still able to pick up from where we left off.
Cabaran terbesar pernah dilalui?
Teman wanita saya. She literally drives me nuts! Dan saya alergi pada ‘nuts’!
Perkara tak disukai?
Tindakan individu yang suka menyeksa haiwan. Ia menyakitkan hati saya.
Motto anda?
Live life to the fullest with self control. Kita tak perlukan Joker. Lihat apa yang dia lakukan pada bandar Gotham!?
Rutin setiap pagi?
Saya mengirim ‘poopfies’ kepada teman wanita dan keluarga H!Live saya. (Poopfie-a selfie while taking a dump)
Being rich or poor, which one will you choose and why?
Tentunya hidup kaya! Kerana saya mahu menjalani kehidupan dengan selesa, menyediakan apa sahaja terbaik untuk keluarga dan berupaya membina masjid serta membantu mereka yang serba kekurangan. Insya-Allah. Inilah yang saya mahukan.
What is one thing you want to see plenty and free in this world?
Lebih ramai individu dalam organisasi mahu melakukan sesuatu perkara demi mencapai keamanan agar setiap negara bebas dari peperangan.
How were you as a kid?
Saya sering diikat oleh ibu kerana tak tahu duduk diam! Eheee..! Dan saya juga sering bermain ‘hide and seek’ daripada ibu bapa.
What is the most memorable class you’ve taken?
Taekwondo. Ia bukan sahaja mengajar saya seni mempertahankan diri, tetapi ia membentuk saya agar sentiasa tampil disiplin, berwaspada dan fokus pada persekitaran setiap masa.
Who knows you the best?
BGJ yakni initial nama sahabat baik saya.
Perkara anda nantikan dalam enam minggu lagi?
Terus meningkatkan diri saya setiap hari.
Di manakah diri anda dalam masa sepuluh tahun akan datang?
Saya dapat bayangkan diri saya memandu Rolls Royce bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan kami ke rumah setelah pulang dari makan malam. Sambil ditemani keluarga dan kawan-kawan.
Kali terakhir anda ketawa besar?
Teman wanita saya. Dia tahu cara membuat saya ketawa besar. I find her amusingly goofy.
Perkara pelik tentang diri anda?
Rasanya cara saya ketawa? Kerana ramai berkata begitu kepada saya.
What is it that you are passionate about?
Segalanya tentang keluarga, hubungan cinta, kawan-kawan, kerjaya dan tak dilupakan, kereta. Dan koleksi komik, permainan video, paintball dan ingin menjadi Spiderman! Haha.
What is one thing you will never do again?
Date (My girlfriend told me to say this).
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
GLAM LELAKI OGOS 2026 BERSAMA PENINJU MUAY THAI, KABILAN JELEVAN
Demi keluarga, terutama ibunya, Kabilan Jelevan menjadikan setiap cabaran sebagai dorongan untuk bangkit lebih kuat.
DUNIA NYATA DAN IMAGINASI BERMADU DALAM NIGO: G-SHOCK SOUVENIR COLLECTION
CASIO menyemarakkan lagi siri koleksi G-SHOCK dengan memperkenalkan kolaborasi bersama NIGO.
MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026
Bulan September 2026 semestinya tidak akan bosan dengan kehadiran filem dan siri di Netflix dan HBO Max yang akan datang.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
TROVE MEMPERSEMBAHKAN D’ANNAM BUBBLE TEA & CHASING SCENTS MATCHA BREAK
Dua haruman gourmand yang diinspirasikan daripada minuman kegemaran generasi masa kini, bubble tea dan matcha kini di Trove.










