THE KID LAROI UBATI KEKECEWAAN PEMINAT DENGAN ‘KONSERT’ PERCUMA
The Kid Laroi menukar lobi hotel menjadi pentas konsert selepas Good Vibes Festival 2023 yang sempat berlangsung hanya sehari dibatalkan.
Festival muzik yang sepatutnya diadakan selama tiga hari itu dihentikan serta-merta selepas kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 menghina kerajaan Malaysia ketika membuat persembahan. Penyanyi utama, Matty Healy turut bersikap biadab dengan mencumbu pemain bass, Ross MacDonald sebagai tanda protes terhadap undang-undang negara berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Bukan itu sahaja, dia juga meludah, merokok, mengambil minuman keras di atas pentas dan sempat merosakkan kamera dron yang digunakan untuk merakam persembahan.
Disebabkan pembatalan itu, The Kid Laroi yang sepatutnya menghangatkan pentas Good Vibes Festival pada hari kedua memberi kejutan dengan menganjurkan ‘konsert’ di lobi hotel penginapannya. Difahamkan dia hanya mengetahui mengenai perkara itu setibanya di negara ini. “Baru saja mendarat dan mendapat tahu festival dibatalkan. Saya sayangkan anda, Malaysia. Maafkan saya,” tulisnya di Instagram Story.

Foto: Instagram
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
PERKAHWINAN IKONIK CHARLI XCX DAN GEORGE DANIEL
Ikon Gen Z, Charli XCX yang terkenal dengan album Brat yang ikonik, kini menjadi isteri kepada drummer kumpulan The 1975, George Daniel.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.
8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA
Peminat muzik Korea Selatan bakal dihiburkan oleh pelbagai artis dari berbeza genre setiap hujung minggu dengan konsert yang tidak terhenti.
GOOD VIBES FESTIVAL 2023: MENGAPA THE 1975 DIDAPATI TIDAK BERSALAH?
Good Vibes Festival 2023 yang sepatutnya berlangsung meriah dibatalkan serta-merta selepas The 1975 mencetuskan kontroversi di atas pentas.
KONTROVERSI GRAMMY, KANYE WEST LESAP KONTRAK
Kanye West telah kehilangan kontrak bernilai $20 juta di Jepun. Pembatalan ini merupakan salah satu penalti kewangan terbesar.