THE KID LAROI UBATI KEKECEWAAN PEMINAT DENGAN ‘KONSERT’ PERCUMA
Netizen Puji Sikap The Kid Laroi
Menerusi video yang tular di media sosial, penyanyi asal Australia itu dilihat menyampaikan beberapa lagu popularnya sambil ditonton peminat bertuah. “Saya bersama rakan-rakan hari ini, dan tiba-tiba saya terfikir. Memandangkan festival dibatalkan, ada baiknya saya datang ke lobi hotel dan menyanyikan beberapa lagu. Terima kasih kepada pihak hotel kerana memberi kebenaran kepada saya untuk membuat persembahan,” katanya.

Foto: The Star
The Kid Laroi tampil bersahaja dalam kemeja-T belang dan celana pendek sambil berdiri di atas sebuah meja supaya peminat boleh menyaksikan persembahannya dengan jelas. Dia memulakan ‘konsert’ akustik dengan menyampaikan Thousand Miles dan lagu duetnya bersama Justin Bieber berjudul Stay, diikuti Without You dan Diva.
Di media sosial, netizen meluahkan rasa terharu dengan kesanggupan penyanyi itu untuk menghiburkan peminat walaupun sekadar di lobi hotel. “Dia sangat menghargai peminat dan tetap mahu membuat persembahan alang-alang dia sudah berada di Malaysia,” tulis seorang netizen. Seorang lagi menambah, “Baiknya dia sebab sanggup buat macam ni untuk peminat. Suka tengok, harap mereka menikmati momen indah ini.”
#KidLaroi performing in his hotel to fans after the canceled #goodvibesfestival pic.twitter.com/4YyQE9rp0L
— misaki🌙💜 (@DPRBABY_) July 22, 2023
Foto: Vogue Australia/Instagram
Pautan berkaitan: GOOD VIBES FESTIVAL 2023 DIBATALKAN SELEPAS INSIDEN KONTROVERSI YANG MELIBATKAN KUMPULAN ‘THE 1975’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
PERKAHWINAN IKONIK CHARLI XCX DAN GEORGE DANIEL
Ikon Gen Z, Charli XCX yang terkenal dengan album Brat yang ikonik, kini menjadi isteri kepada drummer kumpulan The 1975, George Daniel.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.
8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA
Peminat muzik Korea Selatan bakal dihiburkan oleh pelbagai artis dari berbeza genre setiap hujung minggu dengan konsert yang tidak terhenti.
GOOD VIBES FESTIVAL 2023: MENGAPA THE 1975 DIDAPATI TIDAK BERSALAH?
Good Vibes Festival 2023 yang sepatutnya berlangsung meriah dibatalkan serta-merta selepas The 1975 mencetuskan kontroversi di atas pentas.
KONTROVERSI GRAMMY, KANYE WEST LESAP KONTRAK
Kanye West telah kehilangan kontrak bernilai $20 juta di Jepun. Pembatalan ini merupakan salah satu penalti kewangan terbesar.