THE ROCK BAKAL REBUT JAWATAN PRESIDEN US?
Siapa yang tidak mengenali pelakon aksi dan bintang Hollywood popular, Dwayne ‘The frock’ Johnson? Khabarnya, baru-baru ini pelakon yang bakal muncul dengan filem Baywatch bersama Zac Efron akan merebut kerusi jawatan Presiden Amerika Syarikat yang kini disandang oleh Donald Trump. The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson, 44 tahun berkata, beliau tidak akan menolak kemungkinan akan bertanding pada pemilihan yang akan berlangsung pada tahun 2020 nanti selepas pucuk pemerintahan Donald berakhir nanti.
Seperti dilaporkan dalam laporan Vanity Fair, The Rock menjelaskan, “Saya tidak menolak kemungkinan ini. Ia akan menjadi satu peluang yang baik untuk membantu orang, jadi ianya mungkin. Pada pilihan raya lalu menunjukkan bahawa apa sahaja boleh berlaku.”
Namun adakah The Rock sudah bersedia? Jelasnya lagi dalam temubual bersama Reuters, “Saya sayangkan negara saya. Sesungguhnya saya seorang yang patriotik dan saya juga merasakan buat masa kini, aspek kepimpinan sangat penting sekali.”
Mengimbas kembali sekitar tahun 2000, The Rock pernah berucap di Konvensyen Kebangsaan Republikan di mana beliau menyeru golongan muda untuk mengundi. Walaupun The Rock tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik, tetapi bekas bintang gusti WWE ini sudah tidak asing daripada mengambil bahagian dalam acara-acara politik. Apa-apa pun, yang pasti ramai yang teruja sekiranya The Rock menjadi Presiden Amerika Syarikat. Anda pula bagaimana?
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!