Skip to content

TOM CRUISE BAWA AKSI ‘MISSION IMPOSSIBLE’ KE MAJLIS PENUTUP OLIMPIK PARIS 2024

TOM CRUISE BAWA AKSI ‘MISSION IMPOSSIBLE’ KE MAJLIS PENUTUP OLIMPIK PARIS 2024

Kongsikan artikel ini

Bakat aksi lagak ngeri Tom Cruise bukan hanya dipaparkan di dalam filem, tetapi juga di luar filem.

Pada acara penutupan Sukan Olimpik Paris 2024, aktor berusia 62 tahun ini membuat kejutan apabila terjun dari bumbung Stade de France sebelum mendarat di pentas stadium.

Selepas melakukan terjunan dengan ketinggian kira-kira 48 meter, Tom melompat ke atas motosikal dan keluar dari stadium di hadapan 80,000 penonton.

tom cruise penutup olimpik paris 2024

Foto: Getty Images

Bintang Mission Impossible ini diberi tanggungjawab untuk menyerahkan bendera kepada wakil tuan rumah Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Sekaligus menandakan bermulanya detik ke temasya seterusnya.

Tom Cruise Pamer Aksi Lagak Ngeri

Untuk menandakan penyerahan bendera kepada Los Angeles, pelakon ini muncul dalam sebuah video yang dirakam lebih awal. Ia memperlihatkan pengembaraan Tom dari Paris ke Amerika Syarikat berlatarkan lagu kumpulan Red Hot Chili Peppers, By The Way.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu dilihat menunggang motosikal sambil membawa bendera Olimpik di hadapan Menara Eiffel sebelum memasuki sebuah pesawat.

“Saya sedang dalam perjalanan,” katanya sebelum mempersiapkan diri menyarung kelengkapan skidiving. Dia kemudiannya melompat dari pesawat, aksi lagak ngeri yang dilakukannya sendiri.

Selepas mendarat, pelakon itu berlari menuju ke mercu tanda ikonik Hollywood dan menukar huruf O kepada bulatan Olimpik. Seterusnya menyerahkan bendera kepada atlet Amerika Syarikat selaku tuan rumah.

Foto: YouTube

Tom bukan sekadar memeriahkan majlis penutupan Olimpik Paris 2024 malah telah muncul di temasya itu sejak hari pertama ia berlangsung.

Dia hadir memberi sokongan pada beberapa acara termasuk renang pada 27 Julai, gimnastik pada 28 Julai dan bola sepak wanita akhir pada 10 Ogos.

Anda boleh menonton video penyerahan bendera Olimpik di bawah ini.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: LIHAT GAYA TOM CRUISE DAN 12 SELEBRITI DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

14 KERABAT DIRAJA YANG PERNAH BERTANDING DI SUKAN OLIMPIK

14 KERABAT DIRAJA YANG PERNAH BERTANDING DI SUKAN OLIMPIK

Bacaan Lanjut
CELINE DION & LADY GAGA BAKAL HANGATKAN PENTAS SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

CELINE DION & LADY GAGA BAKAL HANGATKAN PENTAS SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
JIN BTS TERUJA SERTAI LARIAN OBOR OLIMPIK PARIS 2024

JIN BTS TERUJA SERTAI LARIAN OBOR OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
JIN BTS CIPTA SEJARAH DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

JIN BTS CIPTA SEJARAH DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut