TOM HIDDLESTON TAYANG SIX-PACK DALAM TRELER LOKI
Dalam satu treler terbaharu untuk siri mini Loki yang bakal ditayangkan di Disney+, susuk sasa Hiddleston jelas kelihatan apabila pakaiannya ditanggalkan semasa diproses oleh TVA, biro penyiasatan perjalanan masa.
Siapa sangka, Loki rupanya menjalani rutin senaman yang ketat secara rahsia selama ini. Untuk pengembaraan solo pertama Loki dalam MCU, nampaknya Hiddleston mengikuti jejak langkah ketiga-tiga Chris dan memantapkan otot tubuhnya.
Teaser treler tersebut menunjukkan sebuah jam animasi bernama Miss Minutes mendedahkan tentang TVA sambil pakaian Loki ditanggalkan sebelum disarungkan pakaian seragam ala penjara.
Siri ini menceritakan kehidupan Loki versi muda (ketika dia melarikan diri bersama Tesseract sewaktu pencurian masa dalam Avengers: Endgame) di mana dia dikerah bekerja oleh TVA untuk menangani beberapa isu yang ditimbulkannya di ruang masa dengan perancangan kosmiknya.
Anda boleh melihat teaser tersebut di bawah ini.
The clock is ticking ⏰ Marvel Studios' #Loki arrives in three weeks with new episodes every Wednesday starting June 9 on @DisneyPlus. pic.twitter.com/WpgBKM6FYX
— Marvel Entertainment (@Marvel) May 19, 2021
Foto: Themarysue
Pautan berkaitan: 3 JAM BAGAI TIDAK TERASA! ENDGAME PENAMAT TERBAIK & SEBAK SIRI AVENGERS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.
Ikmal Amry, Shawn Pam, dan Fazziq Muqris antara individu yang konsisten mempromosikan gaya hidup aktif dan seimbang. Jadikan mereka ini sebagai inspirasi sihat dan fit untuk tahun 2026.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN
GLAM Lelaki bawakan pelakon muda yang bawa nama hingga keluar negara, Idan Aedan sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
SUSU MENTAH: REALITI TREND ‘NATURAL’ UNTUK LELAKI MODEN
Dalam era kesihatan dan gaya hidup berasaskan semula jadi, susu mentah kembali menjadi topik khususnya di kalangan lelaki moden.











