TOP 6 PELAKON LELAKI ASEAN YANG MENJADI ‘CRUSH’ RAMAI
Pesona ataupun aura tentang pelakon lelaki ASEAN yang sukar untuk diabaikan. Gabungan karisma, keyakinan diri dan latar budaya yang kaya menjadikan mereka bukan sekadar bintang layar, tetapi figura yang meninggalkan kesan mendalam buat penonton. Sama ada melalui personality ‘nonchalant’, pesona semula jadi atau aura bintang bertaraf antarabangsa.
Berikut enam pelakon lelaki ASEAN yang menjadi kegilaan ramai.
#1 Nadech Kugimiya (Thailand)
Sering diangkat sebagai antara pelakon paling berprestij dan berpengaruh di Thailand, Nadech Kugimiya bukan sekadar bintang komersial, tetapi sebuah fenomena budaya. Digelar sebagai “superstar with a humble heart”, Nadech mewakili gabungan jarang ditemui antara populariti luar biasa dan keperibadian yang kekal membumi.
Keistimewaan Nadech terletak pada versatiliti lakonannya yang luar biasa. Beliau bukan hanya digilai peminat, malah dihormati pengkritik industri. Sepanjang kerjayanya, Nadech telah meraih lebih 100 anugerah, termasuk pelbagai kemenangan Pelakon Lelaki Terbaik daripada institusi berprestij seperti Suphannahong National Film Awards, Nataraja Awards dan TV Gold Awards — satu pencapaian yang mengukuhkan statusnya sebagai pelakon kelas A Thailand.
Daripada genre romantik, komedi, drama hingga aksi dan seram, Nadech membuktikan kebolehannya menyesuaikan diri dengan pelbagai spektrum watak. Antara karya yang menyerlahkan julat lakonannya termasuk Sunset at Chaophraya, The Con-Heartist dan Death Whisperer.
#2 Henry Golding (Malaysia)
Ikon global dengan asal Malaysia, Henry Golding membawa definisi lelaki moden yang sofistikated dan bersifat antarabangsa. Sebagai figura berdarah kacukan British-Malaysia, Henry mewakili standard ketampanan Hollywood yang lebih inklusif. Dia sering digambarkan memiliki pesona ala Cary Grant yang digandingkan dengan kehangatan boy-next-door, menjadikannya pelakon romantik yang serba boleh. Berbeza daripada stereotaip bintang aksi lasak, daya tarikan Henry terletak pada maskuliniti lembut yang matang dan berkeyakinan. Ketampanan yang tenang, sopan dan mudah didekati, diserlahkan melalui senyuman yang manis. Bergaya kemas dan sentiasa tampak effortless, Henry menyerlah sama ada di layar Hollywood mahupun barisan hadapan minggu fesyen antarabangsa.
#3 Lee Jung Jae (Korea)
Daya tarikan Lee Jung-jae terletak pada kemampuannya melangkaui definisi ketampanan tipikal ala idol, untuk menjelmakan gabungan jarang antara karisma matang. Bermula sebagai model fesyen sebelum beralih ke dunia lakonan. Wajahnya sering digambarkan sebagai sangat ekspresif, mampu menyampaikan rasa sakit, ketakutan atau empati hanya melalui renungan senyap, satu kualiti yang menjadikan kehadirannya di layar begitu memukau. Dalam Squid Game, Lee Jung-jae mempamerkan pesona ‘scruffy’ yang tidak sempurna namun mengundang simpati. Dia malah sanggup menurunkan berat badan hampir 10 kilogram demi menggambarkan kemerosotan fizikal dan emosi wataknya. Pada usia 50-an, Jung Jae terus menua dengan penuh keanggunan, mengekalkan aura magnetik yang sering disamakan dengan bintang era keemasan Hollywood: tampan, berkarisma dan berakar kuat pada bakat sebenar.
#4 Kim Soo Hyun
Dikenali sebagai pelakon yang berteraskan kekuatan lakonan. Kim Soo-hyun bukan sekadar bergantung pada ketampanan, sebaliknya menawan penonton melalui penghayatan watak yang mendalam dan imersif. Dia juga mampu menggambarkan kesakitan dan kerentanan tanpa sepatah dialog. Keupayaan ini menjadikannya pilihan utama untuk naskhah beremosi dan romantik seperti It’s Okay to Not Be Okay dan Queen of Tears, di mana Kim Soo Hyun mempamerkan lapisan perasaan kompleks seperti kebimbangan, kasih sayang dan cinta. Di luar layar, Kim Soo-hyun dikenali dengan personaliti yang membumi, rendah hati dan memiliki kekuatan senyap, menjadikannya figura ‘boyfriend material’ yang mudah didekati. Ditambah pula dengan senyuman lembut yang ikhlas, yang sering membuatkan peminat merasakan hubungan emosional yang tulen dengannya.
#5 Desmond Tan (Singapura)
Dikenali sebagai antara pelakon lelaki paling menonjol di Singapura, Desmond Tan memiliki ketampanan yang bersifat lasak dan ‘matured’. Dia sering digambarkan dengan imej ‘dashing’ serta senyuman sinis yang sukar ditiru. Namun, keistimewaannya sebagai pelakon utama tidak terletak pada rupa semata-mata, sebaliknya pada kebolehannya menyeimbangkan watak berat dan gelap dengan pesona ‘heartland boy’ yang dekat dengan penonton. Desmond turut dikenali sebagai figura fesyen-ke hadapan yang peka terhadap trend dandanan dan penjagaan diri lelaki, sekaligus menjadikannya wajah pilihan jenama mewah. Pengiktirafannya sebagai ‘alpha’ dalam kelompok 8 Dukes of Mediacorp mengukuhkan statusnya sebagai pelakon lelaki yang bukan sahaja berkarisma, tetapi memiliki disiplin, daya tarikan dan kredibiliti lakonan yang utuh.
#6 Pierre Png (Singapura)
Tenang, berkarisma dan seakan tidak ditelan usia. Pierre Png dianggap antara pelakon lelaki paling menawan di Singapura dengan daya tarikan ‘boyishly handsome’ yang kekal konsisten sepanjang lebih dua dekad kerjayanya. Sering disamakan dengan figura seperti Asian Keanu Reeves atau SG Lee Dong Wook, Pierre terkenal dengan penampilan yang seolah-olah ‘vampire’. Dia masih kelihatan muda sejak era awal lakonannya pada akhir 1990-an.
Di sebalik raut wajah, kekuatan Pierre turut terserlah melalui fizikal dan figura tubuh yang sangat maskulin. Disiplin kecergasannya pernah mencuri perhatian global menerusi babak mandi yang mempamerkan tubuh sasa dalam Crazy Rich Asians (2018). Pierre membawa imej ‘true blue Singaporean boy’ yang bersahaja, menggabungkan ketampanan dengan personaliti rendah hati dan mudah didekati. Dikenali sebagai figura yang setia, profesional dan berdedikasi termasuk hubungan kukuh bersama isterinya, Andrea De Cruz. Pierre Png ialah definisi sebenar pelakon lelaki ASEAN slow-burn appeal, persona berwibawa, tulen dan semakin memikat seiring masa.
Artikel Berkaitan: HENRY GOLDING ANTARA 10 LELAKI TERKACAK DUNIA, SIAPA DI TANGGA PERTAMA?
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Tabiat grooming yang betul boleh menaikkan aura gaya anda secara drastik. 5 cara mudah untuk kelihatan lebih mahal tanpa perlu boros.
CENTRIX MOONPHASE LIMITED EDITION: INTERPRETASI KOSMIK TERBAHARU DARI RADO
Rado memperkenalkan Centrix Moonphase Limited Edition yang diinspirasikan oleh keindahan langit malam dengan dial bertabur bintang.
RIDZMAN ZIDAINE & SUGANYA MEWAKILI MALAYSIA’S NEXT MODEL WAVE
MALAYSIA’S NEXT MODEL WAVE: Ridzman Zidaine dan Suganya top model generasi kini yang mencorakkan masa depan fesyen Malaysia.
LEVI’S UMUM KERJASAMA GLOBAL BERSAMA IKON K-POP ROSÉ
Levi’s mengumumkan kerjasama global bersama ROSÉ dari Blackpink, termasuk koleksi eksklusif dan photocard khas untuk ahli Levi’s Red Tab.
DOMINASI GLOBAL: RIDZMAN ZIDANE & SUGANYA. DUA TOP MODELS MENGHIASI COVER GLAM LELAKI MAC 2026
Dengan portfolio yang semakin mengukuh, Ridzman Zidaine dan Suganya membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia peragaan bukan hadir secara kebetulan, tetapi melalui kerja keras, ketekunan, dan strategi yang jelas.
TENGKU MER, CONTENT CREATOR GENERASI BAHARU MESTI ‘FOLLOW’ DI MEDIA SOSIAL
Tengku Mer membawa perspektif segar dalam dunia fesyen dan gaya hidup digital. Dia menggabungkan keberanian gaya, keaslian diri dan kreativiti kandungan yang memikat perhatian generasi media sosial.











