TRANSFORMASI DRASTIK CHANNING TATUM DEMI ROOFMAN & JOSEPHINE
Channing Tatum sememangnya terkenal dengan susuk sasa dan otot kekar yang membuatkan ramai wanita terpana.
Baru-baru ini, aktor berusia 45 tahun itu mengejutkan peminat dengan tranformasi fizikalnya yang amat mengagumkan.
Sepanjang beberapa tahun lalu bintang Magic Mike itu mengalami penurunan dan peningkatan berat badan secara drastik. Terbaru, Channing menambah dan menurunkan berpuluh-puluh kilogram berat badan demi watak dalam dua filem lakonannya iaitu Roofman (2025) dan Josephine (2026).
Berkongsi perjalanannya di Instagram, pelakon dan penerbit itu mendedahkan betapa beratnya usaha yang diperlukan untuk mengikuti tuntutan tersebut. Juga mengapa dia tidak akan melakukannya lagi pada masa hadapan.
Adaptasi Tubuh Channing Tatum
Beberapa hari lalu Channing berkongsi perubahan fizikalnya dengan memuat naik swafoto di hadapan cermin. Perbezaan ketara antara tiga imej itu menggambarkan dedikasinya melakukan transformasi tubuh secara dramatik dalam tempoh masa yang singkat.

Foto: Instagram
“Gambar pertama pada hari ini, 93 kilogram. Foto kedua 107 kilogram untuk filem berjudul Josephine. Kemudian foto ketiga, 78 kilogram untuk filem Roofman.
“Saya amat bersyukur dengan genetik saya. Juga berterima kasih atas bantuan chef/pakar pemakanan dan jurulatih saya. Saya tidak akan mampu melakukan perubahan besar dalam berat badan tanpa mereka.
“Namun, saya tidak akan lagi menerima tawaran untuk watak gemuk haha. Ia memberi kesan pada badan dan semakin sukar untuk turunkan berat. Tetapi wah, apabila melihat gambar-gambar ini, saya terfikir betapa hebatnya apa yang boleh dicapai oleh tubuh manusia dan kesungguhan yang kuat,” tulisnya.

Foto: Warner Bros.
Channing menjalani penggambaran filem Josephine pada pertengahan tahun 2024. Tidak lama selepas itu, dia terpaksa melakukan transformasi fizikal untuk Roofman. Di mana dia perlu menurunkan hampir 30 kilogram berat badan untuk kelihatan lebih kurus. Akuinya, proses itu amat melelahkan.
Ini bukanlah kali pertama Channing melakukan transformasi untuk filem. Dia pernah membentuk tubuhnya dalam beberapa filem lain, paling utama adalah untuk peranannya dalam siri Magic Mike.
Foto: Getty Images/Instagram
Pautan berkaitan: TRANSFORMASI FIZIKAL V BTS BIKIN PEMINAT TAK KERUAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELAMAT TINGGAL ZOE KRAVITZ! CHANNING TATUM TAYANG KEKASIH BARU
Baru empat bulan putus tunang dengan Zoe Kravitz, Channing Tatum dilaporkan sudah pun menemui cinta baru.
PERCINTAAN CHANNING TATUM & ZOE KRAVITZ PUTUS DI TENGAH JALAN
Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, Channing Tatum dan Zoe Kravitz membuat keputusan membawa haluan masing-masing.
CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG
Percintaan pelakon dan pengarah Pussy Island, Channing Tatum dan Zoe Kravitz nampaknya bakal berakhir di jenjang pelamin.
DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT
Baru-baru ini tular berita bahawa Taylor Swift bakal membuat kemunculan dalam filem adi wira Deadpool 3. Ketahui watak yang bakal dimainkannya.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2023
Dari filem “Extraction 2” lakonan Chris Hemsworth kepada siri hangat terbaharu “The Idol” lakonan The Weeknd dan Lily-Rose Depp, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan ‘must watch’ sepanjang Jun 2023.
SEGAK BERGAYA, NAMUN PENAMPILAN CHANNING TATUM DI MET GALA 2021 DIPERTIKAI
Acara berprestij, Met Gala 2021 yang berlangsung gemilang menyaksikan penampilan para jemputan dalam persalinan bertemakan In America: A Lexicon of Fashion.