Skip to content

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM SUKAN MARTY SUPREME

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM SUKAN MARTY SUPREME

Kongsikan artikel ini

Selepas menutup tirai 2024 dengan A Complete Unknown, Timothee Chalamet bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Marty Supreme.

Naskah arahan Josh Safdie yang masih dalam pembikinan itu akan menyaksikan Timothee menggalas watak sebagai tokoh pingpong terkenal dunia.

Baru-baru ini kelibat aktor berusia 28 tahun itu dirakam di set penggambaran dengan penampilan luar daripada kebiasaan. Kumis tipis, cermin mata dan dandanan yang disikat rapi membuatkan Timothee hampir tidak dikenali.

Timothee Chalamet

Foto: Metropolis/Bauer-Griffin/GC Images

Foto: James Devaney/GC Images

Bintang Wonka itu kelihatan kemas dan bergaya dalam kemeja berkolar yang dipadankan bersama ves biru kelasi dan celana rona coklat.

Mengenai Filem Marty Supreme Lakonan Timothee Chalamet

Marty Supreme adalah kisah rekaan yang sebahagiannya diilhamkan oleh kisah hidup pemain pingpong profesional, Marty Reisman. Skrip ditulis oleh pengarah Josh dan Ronald Bronstein.

Julai lalu penerbit A24 mengumumkan penghasilan filem ini dengan berkongsi grafik bola pingpong di laman X. Tertera juga perkataan ‘Marty Supreme’ dan ‘Made In America’ yang dipisahkan oleh tiga bintang.

marty supreme timothee chalamet

Foto: X

Sebulan kemudian, diumumkan bahawa Gwyneth Paltrow akan menyertai barisan pelakon filem ini selepas bertahun-tahun tidak berlakon kerana memberi fokus pada perniagaannya.

Beberapa lagi pelakon yang disahkan akan membintangi Marty Supreme adalah Odessa A’zion, Abel Ferrera, Tyler The Creator, Penn Jillette, Kevin O’Leary dan Musto Pelinkovicci.

Sebelum melihat aksi Timothee sebagai pemain pingpong, penonton bakal menyaksikan penampilannya sebagai pemuzik ikonik Amerika Bob Dylan terlebih dahulu dalam A Complete Unknown.

Naskah biografi arahan James Mangold itu berkisar tentang kemunculan Bob Dylan dalam genre muzik rakyat pada tahun 1960-an selepas dia berhijrah dari Minnesota ke New York. Filem ini dijadualkan menemui penonton di layar perak pada Hari Krismas, 25 Disember 2024.

Foto: Entertainment Weekly

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM SUKAN MARTY SUPREME

PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024

Bacaan Lanjut
SUT MERAH JAMBU & RANTAI CANDY TANDA PENGHORMATAN TIMOTHEE CHALAMET BUAT WONKA

SUT MERAH JAMBU & RANTAI CANDY TANDA PENGHORMATAN TIMOTHEE CHALAMET BUAT WONKA

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

Bacaan Lanjut
FESYEN TERBAIK IKON HOLLYWOOD DI CINEMACON 2023

FESYEN TERBAIK IKON HOLLYWOOD DI CINEMACON 2023

Bacaan Lanjut