UNGKU ISMAIL & NAD ZAINAL SELAMAT DIIJAB KABUL DALAM MAJLIS SEDERHANA
Pasangan itu mula menjalin hubungan rapat setelah membintangi drama Cina Buta yang mula ditayangkan pada 19 Disember lalu dan merakam program travelog bersama.
Spekulasi percintaan mereka semakin hangat diperkatakan setelah Ungku dilihat setia menemani Nad yang kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru di hospital pada November lalu sehinggalah aktres itu pulih sepenuhnya.
Perkahwinan ini merupakan yang pertama buat Ungku dan kedua buat Nad. Bintang Dendam Seorang Isteri itu berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan mengesahkan pada September lalu bahawa mereka telah pun membawa haluan masing-masing.
Hasil tujuh tahun perkahwinan, bekas pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun.
GL mendoakan agar perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Foto: Kosmo Digital
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: SYAFIQ KYLE & MIMI LANA SELANGKAH KE JENJANG PELAMIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Pereka fesyen Joshua Fitton dan aktres terkenal, Siti Saleha telah melangsungkan majlis dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN
Selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia akhirnya berkongsi wajah dan nama anak kelima mereka bersama peminat.