HEROIN PROJECT EXIT: SHASHA ABEDUL TIMBA ILMU MELALUI PENGALAMAN
Shasha Abedul kembali dengan siri Project yang terbaru, Project: Exit bersama pelakon-pelakon hebat seperti Mierul Aiman.
Terkenal dengan wataknya, Jaja dalam siri Project: Anchor SPM, Shasha Abedul kini kembali dengan siri Project yang terbaru. Shasha sudah berada dalam bidang lakonan selama 6 tahun dan dikatakn suka menimba ilmu dari pengalamannya sendiri. Pelakon wanita yang berbakat ini mampu melakonkan pelbagai watak yang diberi olehnya menjadikan dia seorang pelakon Malaysia yang versatil. Mari kenali Shasha Abedul bersama GLAM Lelaki!
Permulaan Karier
Shasha memulakan kariernya sebagai seorang model iklan pada tahun 2016 sebelum menceburi bidang lakonan dua tahun selepas itu. Dia mula berlakon dalam drama Isteri Bukan Untuk Disewa pada tahun 2018 sebagai permulaan kariernya. Namanya sebagai seorang pelakon mula naik secara mendadak apabila membintangi siri rangkaian Satukan Rasa sebagai Dede. Shasha juga terkenal dengan wataknya di dalam Projek: Anchor SPM sebagai Jaja. Kini, Shasha sudah berada dalam bidang lakonan selama 6 tahun dan membintangi lebih dari 21 drama.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MICHELLE YEOH CIPTA SEJARAH, PELAKON MALAYSIA PERTAMA TERCALON DI ANUGERAH OSCAR
Legenda perfileman negara, Tan Sri Michelle Yeoh menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2023.
5 AKTRES YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022
Siapakah pelakon wanita yang memperoleh bayaran tertinggi di Hollywood tahun ini dengan pendapatan sebanyak RM55.2 juta?
BARISAN AKTRES YANG MENGATASI JURANG PENDAPATAN DI BOLLYWOOD
Tidak keterlaluan mengatakan bahawa industri perfileman India kini berada di tahap lebih baik di mana pelakon dibayar berdasarkan bakat, bukannya jantina.