ZAYN MALIK KENANG LIAM PAYNE DI KONSERT SOLO
Bulan lalu Zayn Malik menunda konsert solo sulung yang sepatutnya bermula pada 23 Oktober di Amerika Syarikat dek kehilangan rakan dan ahli kumpulan One Direction, Liam Payne.
Kini selepas sebulan, penyanyi berusia 31 tahun itu memulakan konsertnya Stairway to ke Sky Tour di Leeds, England dan sempat memberi penghormatan kepada mendiang.
Dalam satu foto yang dikongsikan peminat di media sosial, dapat dilihat ayat “Liam Payne 1993-2024 Love you bro” dipaparkan pada skrin di atas pentas. Terdapat juga emoji hati berwarna merah.
Awal bulan ini Zayn menangguhkan konsert di Edinburgh, Scotland kepada bulan Disember atas sebab yang tidak dapat dielakkan, menurut kenyataannya.
Walaupun tidak mendedahkan alasan sebenar, dia dilihat menghadiri majlis pengebumian Liam di Home Counties, England. Konsertnya di Edinburgh sepatutnya berlangsung pada 21 November, tarikh sama dengan upacara pengebumian mendiang.
Zayn Malik & One Direction Kembali Bersatu
Selain pelantun Pillowtalk itu, tiga lagi bekas anggota One Direction turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Liam pada hari pengebumiannya.
Ini merupakan penyatuan pertama Zayn bersama Harry Styles, Niall Horan dan Louis Tomlinson selepas kumpulan itu berpecah pada 2016. Segak dalam sut berwarna hitam, mereka tiba di gereja secara berasingan sebelum menyertai rombongan ahli keluarga mendiang.
Selain bekas ahli kumpulan Direction, turut menghadiri upacara pengebumian Liam adalah James Cordon, Simon Cowell, bekas kekasih dan ibu kepada anaknya Cheryl, serta teman wanitanya Kate Cassidy.
Liam meninggal dunia pada 16 Oktober lalu selepas terjatuh dari tingkat tiga bilik hotel CasaSur Palermo di Buenos Aires, Argentina. Kematiannya berpunca daripada beberapa kecederaan yang menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran, menurut Pejabat Pendakwa Jenayah dan Koreksional Kebangsaan. Beberapa jenis dadah turut ditemui dalam tubuhnya.
Foto: BBC/WireImage
Pautan berkaitan:PERJALANAN HIDUP & KERJAYA LIAM PAYNE MENERUSI LENSA KAMERA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERJALANAN HIDUP & KERJAYA LIAM PAYNE MENERUSI LENSA KAMERA
Pemuzik popular di kalangan generasi muda, Liam Payne menghembuskan nafas terakhir pada 17 Oktober 2024 ketika berusia 31 tahun.
SELEBRITI LELAKI DI NEW YORK FASHION WEEK 2024
Minggu yang dinantikan oleh peminat fesyen telah kembali, New York Fashion Week 2024 menampilkan barisan jenama hebat. Musim minggu fesyen sudah bermula dan sekarang ia sedang melanda kota sibuk New York. Dengan lebih dari 20 jenama, minggu ini dipenuhi dengan acara-acara fesyen disekitar New York. Tetamu dan selebriti yang hadir menjadi salah satu bualan terhangat…
PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI
Sempena MET Gala yang akan berlangsung esok, kami memperingati penampilan selebriti lelaki di MET Gala paling diingati.
PERUBAHAN WAJAH LIAM PAYNE MEMBIMBANGKAN, PAKAR BEDAH PLASTIK BERI REAKSI
Liam Payne muncul di majlis pelancaran dokumentari All Of Those Voices dengan penampilan wajah yang amat berbeza berbanding sebelum ini.
RAMBUT FROSTED KINI KEMBALI LEBIH AGRESIF
Pernah menjadi kegilaan wanita era 2000’s, stail rambut kontroversi ini kembali menjengah tahun ini dengan lebih bersahaja.
GODAAN LELAKI TERLETAK PADA JAMBANGNYA! 6 SEBAB PERLU ANDA TAHU
Ada jambang itu seksi! Percayalah wanita idaman anda pasti 'cair' dengan penampilan terbaru anda. Buat GL, mempunyai jambang ini satu kelebihan ekstra!