BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.
K‑Pop bukan sahaja menguasai carta muzik dunia pada tahun 2025, tetapi juga menjadi kuasa besar dalam dunia fesyen global. Dari Paris Fashion Week ke Met Gala, artis-artis Korea ini tidak hanya mempamerkan bakat mereka di pentas. Mereka juga menonjolkan gaya peribadi yang sofistikated, edgy dan elegan. Berikut ialah 10 bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat tahun 2025.
#1 Felix (Stray Kids)
Felix terus menonjol sebagai ikon fesyen dengan jenama-jenama yang bekerja bersamanya. Tahun 2025 menyaksikannya menghadiri pelbagai acara butik jenama seperti ATiiSSU, Gentle Monster dan Tamburins sebagai duta jenama mereka. Aura fesyen Felix juga semakin menyerlah melalui hubungannya dengan Louis Vuitton, di mana dia berperanan sebagai brand ambassador dan wajah penting jenama sejak 2023. Tahun ini, Felix menghadiri beberapa acara utama mereka termasuk Womenswear Fall/Winter 2025‑2026 di Paris Fashion Week. Selain itu, Louis Vuitton Spring/Summer 2026 di Paris.
#2 Jennie (BLACKPINK)
Jennie kekal sebagai salah satu ikon fesyen paling berpengaruh. Pada tahun 2025, dia menghadiri Met Gala dan beberapa pertunjukan couture Chanel, termasuk kempen Fall/Winter 2025/26 dan Chanel Spring/Summer 2026 yang menampilkan koleksi sulung Matthieu Blazy. Jennie tidak hanya memukau di karpet merah, tetapi juga aktif dalam kempen Chanel sepanjang tahun. Ini menjadikannya sebagai salah satu brand ambassador utama jenama tersebut. Gayanya yang glamor dan classy terus menetapkan standard tinggi untuk bintang K‑Pop dalam fesyen global. Jennie juga bekerjasama dengan adidas melalui kempen adidas Originals’ iconic Superstar pada tahun ini.
#3 G‑Dragon (BIGBANG)
G‑Dragon bukan sekadar legenda muzik, tetapi juga ikon fesyen antarabangsa. Tahun 2025 menyaksikan beliau menghadiri beberapa show haute couture, termasuk acara CHANEL Métiers d’art 2026 Show di New York. Dia juga tetap mengekalkan hubungan rapat dengan jenama mewah yang pernah diwakili. Dengan projek kreatifnya sendiri seperti PeaceMinusOne, G‑Dragon terus menonjol sebagai figura yang menggabungkan muzik, seni dan fesyen dengan cara yang unik dan berani. G‑Dragon turut menjalinkan beberapa kolaborasi fesyen dan gaya pada 2025 termasuk projek bersama Jacob & Co. Dia melancarkan koleksi jam tangan mewah Astronomia Solar G-Dragon dan menjalin kerjasama seterusnya dengan koleksi perhiasan Jacob & Co. x PEACEMINUSONE. Semasa Übermensch World Tour 2025, G‑Dragon membawa estetika fesyennya ke pentas global dengan memakai ensembles khas yang direka khusus untuk persembahan — termasuk set pakaian Chanel dan Amiri.
Baca: PANTONE’S COLOUR 2026: 6 TAS TANGAN BERONA CLOUD DANCER BUAT LELAKI
#4 Byeon Woo‑seok
Selepas kejayaan dalam drama Lovely Runner, Byeon Woo-seok kembali dalam dunia fesyen. Selain bakatnya dalam lakonan, Byeon Woo‑seok kini dikenali sebagai wajah fesyen kelas atasan. Pada 2025, beliau menghadiri Prada Men’s Spring/Summer di Milan dan terlibat dalam kempen jenama tersebut. Sebagai brand ambassador Prada, Byeon Woo‑seok mempamerkan kombinasi antara gaya maskulin, elegan dan sofistikated yang sesuai untuk aktiviti fesyen antarabangsa. Selain daripada Prada, Byeon Woo‑seok turut hadir sebagai salah seorang ambassador Cartier di acara akhir tahun yang diadakan di Seoul, di mana beliau tampil dengan gaya elegan bersama selebriti mewah lain termasuk Jisoo dan Hyunjin.
#5 Mingyu (SEVENTEEN)
Mingyu terus memukau dengan gaya yang trendy namun mudah digayakan. Tahun 2025, dia hadir ke acara Gentle Monster di Marina Bay Sands, Singapura, dan terlibat dalam beberapa aktiviti promosi jenama. Sepanjang tahun 2025, Mingyu turut bekerja dengan Calvin Klein sebagai wajah kempen global mereka. Dia muncul dalam kempen Calvin Klein Fall 2025 Denim Collection, mempamerkan gaya ’90s denim moden. Dia kemudian terus menonjol di dunia fesyen pada 2025 dengan penampilannya di Paris Fashion Week buat Dior Fall/Winter 2025. Kemudian, Mingyu hadir semula pada Dior Spring/Summer 2026 menswear show.
#6 V (BTS)
V mengekalkan reputasinya sebagai salah satu bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat. Tahun 2025 menyaksikannya hadir ke Vogue World: Hollywood 2025 dan beberapa show fesyen antarabangsa. V dikaitkan rapat dengan Celine dan terus menjadi wajah penting dalam aktiviti fesyen global serta kempen editorial antarabangsa. Sepanjang tahun ini, dia aktif bersama CELINE sebagai duta jenama global. V hadir ke CELINE Spring/Summer 2026 show semasa Paris Fashion Week Oktober 2025 di mana dia memperagakan 7 penampilan berbeza dalam tiga hari. V turut menggayakan busana dari JayBaek Couture dengan sut khas yang dipakai di Vogue World 2025, memadukan elemen tradisional Korea dengan gaya couture.
#7 Hyunjin (Stray Kids)
Hyunjin terus mengukuhkan dirinya sebagai salah satu ikon fesyen K‑Pop paling berpengaruh pada 2025. Bukan sahaja melalui kehadirannya di acara fesyen global, tetapi juga melalui pelbagai peranan sebagai duta jenama mewah antarabangsa. Dia telah menjadi global ambassador Versace sejak 2023, menjadikannya wajah utama rumah fesyen itu dan sering dipanggil “Prince of Versace” oleh Donatella Versace sendiri. Hyunjin membuat penampilan besar di Versace Fall/Winter 2025‑2026 show semasa Milan Fashion Week, membawa gaya yang tegas dan dramatik dengan jaket berwarna ungu dan elemen binatang cetakan, sekali lagi memperkuat gelaran “Prince of Versace” di dunia fesyen. Selain itu, Hyunjin turut mempunyai hubungan lama dengan Cartier dan membina imejnya dalam segmen barang kemas mewah. Kehadirannya di acara akhir tahun Cartier bersama Byeon Woo-seok dan Jisoo turut menjadi perbualan hangat.
#8 Lisa (BLACKPINK)
Lisa terus menjadi salah satu ikon fesyen dengan aura terkuat apabila berjaya memadankan kerjaya solo muzik dengan peranan penting dalam dunia fesyen global. Dia berkhidmat sebagai duta jenama buat Louis Vuitton. Lisa turut mengjadiri acara Louis Vuitton Spring/Summer 2026 Fashion Show yang diadakan di Louvre Museum, Paris Fashion Week di mana beliau terserlah bersama wajah‑wajah LV lain seperti Felix dan selebriti antarabangsa lain. Lisa turut membuat penampilan fesyen berprofil tinggi seperti Oscars 2025 red carpet. Dia memakai tuxedo blazer oleh Markgong dengan gaya moden yang berani. Selain Louis Vuitton, Lisa juga dikenali sebagai duta global untuk Bulgari, jenama perhiasan mewah yang telah bekerjasama dengannya sejak 2020, menjadikannya salah satu wajah Asia yang paling konsisten dalam sektor barang kemas mewah.
Baca: RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025
#9 Juyeon (THE BOYZ)
Juyeon semakin dikenali sebagai ikon fesyen yang versatile dan edgy. Tahun 2025, dia menghadiri Balenciaga Winter Show di Paris Fashion Week dan banyak menghiasi wajah hadapan majalah fesyen ternama seperti GQ Korea dan Cosmopolitan Korea. Juyeon turut menghadiri acara Balenciaga Womenswear Fall/Winter 2025‑2026 show semasa Paris Fashion Week, di mana beliau mencuri perhatian media seluruh dunia. Hubungan rapat Juyeon bersama Balenciaga menjadi bukti aura fesyennya yang cukup kuat.
#10 Park Bogum
Park Bo‑gum menonjol bukan sahaja sebagai aktor terkenal tetapi juga sebagai figura fesyen dan budaya yang semakin berpengaruh pada tahun 2025. Sepanjang tahun ini beliau bekerja dengan beberapa jenama dan inisiatif penting yang memadukan gaya, budaya dan strategi pemasaran global. Antaranya termasuk perlantikan beliau sebagai duta jenama globat buat OMEGA. Ini merupakan satu peranan prestij yang meletakkannya bersama tokoh antarabangsa lain dalam dunia fesyen dan luxury timepieces. Park Bo‑gum juga terus menjadi global brand ambassador untuk CELINE, menghadiri acara pembukaan butik dan promosi jenama termasuk CELINE boutique launch di Singapore (ION Orchard) pada Mac 2025 yang lalu.
Tahun 2025 membuktikan bahawa K‑Pop dan fesyen adalah dua dunia yang tidak dapat dipisahkan. Setiap bintang ini bukan sahaja menetapkan trend muzik, tetapi juga trend fesyen global. Sama ada menghadiri runway antarabangsa, menyertai kempen mewah, atau menjadi duta jenama terkemuka, mereka menunjukkan bahawa aura fesyen adalah sebahagian penting daripada identiti mereka. Bagi peminat dan pengikut fesyen, 10 bintang ini adalah contoh utama bagaimana muzik dan gaya boleh bersatu untuk mencipta imej global yang tidak mudah dilupakan.
Pautan berkaitan: SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD YANG MENDOMINASI FESYEN 2025
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAUS NOWHERE BANGKOK KINI DIBUKA DI ICONSIAM
Haus Nowhere Bangkok kini berada di Iconsiam dengan kehadiran Felix Stray Kids, Bright, Win, Orm dan Fourth di hari pembukaan. HAUS NOWHERE Bangkok kini secara rasmi dibuka di Iconsiam, menandakan butik ketiga Gentle Monster dan butik pertama Tamburins di Bangkok. Selepas kejayaan di Seoul, Shanghai dan Shenzhen, projek HAUS NOWHERE tampil sebagai ruang runcit eksperimental…
RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025
Dalam dunia pop dan haute couture, fesyen BLACKPINK Deadline Tour menjadi bukti bagaimana gaya pentas boleh berubah menjadi momen ikonik.
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA
HAUS NOWHERE BANGKOK bakal membuat debut meganya di Icon Siam pada 10 Disember 2025 dengan kehadiran Felix dari Stray Kids.
10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN
Jenama kecantikan kini menjadikan selebriti lelaki sebagai wajah mereka juga, sebagai simbolik bahawa jenama mereka tidak mengira jantina.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.











