DEMAM FENOMENA ‘DABBING’, TARIAN ATAU AJUKAN?
Fenomena ‘dabbing’ atau ‘dab’ kini sudah melanda seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia. Trend mengangkat tangan kiri di atas sambil kepala ditunduk rapat ke bahu tangan kanan kian digilai termasuklah di laman-laman sosial di mana ramai yang mula membuat gaya tersebut sewaktu bergambar. Dari mana datangnya fenomena ini? Adakah ianya satu tarian yang simbolik akan sesuatu atau ada masej di sebaliknya?
Berdasarkan laman web whatstrending.com, ‘dab’ atau ‘dabbing’ dipercayai bermula sekitar tahun 2002 dan ia tular sejak ia ‘dipersembahkan’ oleh Denvor Broncos, seorang atlet sewaktu Super Bowl 50 sekitar tahun lepas. Dan sejak itu, ramai yang mula meniru lagak tersebut. Dan dipercayai pergerakan ‘dabbing’ mula diperkenalkan dalam dunia tarian hip-hop dan RnB oleh artis dan penerbit Rich Tke Kid.
Jadi, kenapa ramai yang obses dengan gerakan ini? Ramai yang mempercayai ia sama seperti fenomena budaya tarian pop yang lain seperti Macarena, tarian Soulja Boy dan lain-lain yang gerakkanya dilihat cukup unik dan mudah dicontohi. Dan bagaimana pula dengan masej yang ingin disampaikan? Berdasarkan laman web tersebut, tiada mesej yang jelas cuma ia hanya sekadar gerakan suka-suka.
Bagi mendapatkan lebih maklumat, Glam Lelaki menghubungi Khenobu atau nama sebenar, Mohammad Faridh 23 tahun iaitu salah seorang penari bebas, koreografer dan merupakan salah seorang penari dalam kumpulan tarian hebat Malaysiaa, Giller Battle Crew bagi mendapatkan lebih informasi. Ikuti temubual ekslusif kami bersama penari cilik yang hebat ini.
GLAM LELAKI: Apa pendapat Khebobu mengenai gerakan ‘Dabbing’ yang kini menjadi tular di laman-laman sosial?
KHENOBU: Bagi saya, ia adalah trend tarian terkini. Sama juga sepertinya dengan pose ‘peace’ dan lain-lain, fungsinya sama. Hanya gerakan suka-suka. Ya, ia masih lagi baru dan memang seronok melakukannya terutama sekali buat para penari seperti kami.
GLAM LELAKI: Adakah Khenobu mengetahui mengenai asal-usul tarian dan pergerakan ini?
KHENOBU: Saya percaya ia berasal dari Amerika dan ia berasal dari komuniti hip hop di sana. Saya tidak pasti originnya tetapi saya percaya ia berasal dari Amerika.
GLAM LELAKI: Adakah Khenobu pernah melakukan tarian tersebut dan bagaimana rasanya melakukan gerakan ikonik ini?
KHENOBU: Sudah pasti. Sebagai penari, I dab in every of my choreography, while I freestyle, whenever I pose for a picture. It’s kinda like a significant dance move. When the music hits, and you feel the beat, you hit the beat, you dab!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 29 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
GLAM Lelaki merungkai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga sentuhan gaya lelaki terkini di pentas peragaan tempatan. Kuala Lumpur Fashion Week 2026 kembali mewarnai industri fesyen tanah air. Acara ini berlangsung di Esplanade, KLCC Park dari 3 hingga 9 Ogos 2026. Tema edisi ke-14 ini ialah “Destination: Home Ground”….
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
















