Skip to content

GL RAYA 2026: INSPIRASI LOOK RAYA BUAT ISTERI MENGIKUT PEMPENGARUH DI MALAYSIA

GL RAYA 2026: INSPIRASI LOOK RAYA BUAT ISTERI MENGIKUT PEMPENGARUH DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Tahun ini, lebih banyak inspirasi raya yang boleh dijadikan rujukan buat isteri anda tampil lebih bergaya dan cantik di pagi raya. 

Untuk siri GL Raya 2026 yang seterusnya, GLAM Lelaki ingin berkongsi tips paling penting untuk Hari Raya yang lebih sempurna, iaitu suami memberi idea buat look raya isteri. Panduan ini jadi lebih mudah dengan pertolongan daripada barisan pempengaruh-pempengaruh wanita di Malaysia, yang rajin berkongsi inspirasi raya sepanjang bulan ini. Dari tips pemilihan baju mengikut badan, cara penggayaan agar isteri anda tampil berbeza dari yang lain, hingga cadangan jenama-jenama yang harga berpatutan, tetapi masih cantik. GLAM Lelaki kongsikan enam pempengaruh yang hadir dengan siri raya masing-masing, buat inspirasi raya isteri anda.

#1 Sofea Shra

Setiap kali Ramadan menjelma, nama Sofea Shra pasti menjadi sebutan. Melalui siri kandungan “Eid Just Got Better”, Sofea konsisten membantu wanita membuat persediaan Hari Raya secara menyeluruh. Daripada sesi try-ons baju raya, tutorial hijab, hinggalah kepada tip kecantikan, semuanya dikongsikan dengan gaya yang santai tetapi informatif. Apa yang membezakan Sofea ialah pendekatan styling yang unik. Bukan sekadar bergantung kepada cantiknya baju, tetapi bagaimana ia digayakan.

Sesuai untuk isteri yang:

  • Suka tampil lain daripada yang lain

  • Gemar bereksperimen dengan gaya hijab

  • Mahu nampak fashionable tanpa terlalu sarat

Inspirasi daripada Sofea membuktikan bahawa styling yang kreatif mampu mengubah keseluruhan penampilan walaupun dengan helaian yang ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sofea Shra (@sofeashra)

#2 Nina Khalil

Bagi yang menggemari gaya elegan dan sofistikated, Nina Khalil adalah rujukan terbaik. Tahun ini, Nina tampil dengan dua siri utama iaitu “My Raya Picks” dan “Affordable Raya”. Dalam siri “My Raya Picks”, Nina berkongsi pilihan peribadinya untuk Hari Raya. Daripada aksesori, beg tangan hinggalah kepada baju raya pilihan yang tampak eksklusif dan classy. Manakala siri “Affordable Raya” pula sesuai untuk mereka yang ingin tampil penuh gaya tanpa berbelanja besar. Nina turut mengetengahkan pilihan busana daripada jenama seperti Muaz dan Bayu Somerset yang menawarkan rekaan menarik pada harga lebih mesra bajet.

Sesuai untuk isteri yang:

  • Sukakan gaya minimalis dan elegan

  • Mahu nampak mahal tanpa perlu berbelanja besar

  • Mementingkan padanan aksesori yang tepat

Gaya Nina jelas menunjukkan bahawa kunci kepada penampilan mewah terletak pada pemilihan potongan dan aksesori yang sesuai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina Khalil (@khaininakhalil)

#3 Allya Syamimi

Jika isteri anda gemar bereksperimen dengan fesyen dan mahu berjimat, Allya Syamimi menawarkan inspirasi raya yang sangat relevan. Menerusi siri “School of Layering: Raya Edition”, Allya memberi fokus kepada teknik layering khas untuk musim perayaan. Menariknya, dia sering menunjukkan cara mengitar semula baju raya lama dan menjadikannya tampak seperti baru. Penggunaan shawl sebagai elemen tambahan untuk mencipta ilusi rekaan baharu juga menjadi antara idea kreatif yang dikongsikan.

Sesuai untuk isteri yang:

  • Suka warna-warna ceria

  • Mahu berjimat tetapi tetap stylish

  • Gemar mix & match pakaian sedia ada

Inspirasi Allya membuktikan bahawa kreativiti lebih penting daripada memiliki terlalu banyak helaian baharu.

@allyasyamimi

well i tried my best genk even barang takde😔🫩 #raya #layering

♬ suara asli – Mambo MC – Mambo MC2

#4 Nabeeu

Sebagai seorang stylist, Nabeeu terkenal dengan gaya hijabi yang ceria dan berwarna-warni. Dia gemar menggayakan warna-warna terang serta potongan yang comel dan feminin. Menariknya, kandungan Nabeeu juga sesuai untuk ibu mengandung kerana dia sendiri berkongsi tip pemilihan baju yang selesa tetapi masih menawan untuk wanita hamil. Daripada cadangan jenama hingga teknik pengayaan yang sesuai, semuanya dikongsikan secara praktikal.

Sesuai untuk isteri yang:

  • Sedang hamil tetapi mahu tampil bergaya

  • Sukakan warna cerah dan gaya comel

  • Mahukan keselesaan tanpa mengorbankan gaya

Inspirasi daripada Nabeeu membantu ibu-ibu hamil tampil yakin dan berseri di pagi raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 나비 bėu 🦋 (@nabeeu)

#5 Aida Razman

Bagi keluarga muda yang mahu tampil sedondon, Aida Razman adalah pilihan tepat. Melalui siri “Aida Raya Diary”, dia berkongsi sesi try-ons pelbagai jenama baju raya termasuk inspirasi padanan untuk ibu, ayah dan anak perempuan. Fokus Aida bukan sekadar pada rekaan, tetapi juga aspek keselesaan. Sangat penting terutamanya bagi ibu yang mempunyai anak kecil. Selain busana, dia turut menitikberatkan aksesori seperti kasut dan beg tangan untuk melengkapkan keseluruhan look.

Sesuai untuk isteri yang:

  • Mahu tampil sedondon bersama keluarga

  • Baru bergelar seorang ibu

  • Mementingkan keselesaan dan praktikaliti

Gaya Aida memberi inspirasi kepada keluarga yang mahu kelihatan harmoni dan bergaya dalam satu tema warna atau konsep.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aida Razman (@aidarazman)

#6 Iman Opie

Bagi isteri yang bertubuh petite, Iman Opie boleh dijadikan inspirasi raya utama. Menerusi siri “Iman’s Raya Edit” di TikTok, dia banyak berkongsi sesi try-ons baju kurung dengan fokus kepada potongan yang sesuai untuk gadis kecil molek. Gaya Iman yang sweet, sopan dan effortless menjadikannya mudah dicontohi. Iman juga membantu pengikut membuat keputusan sebelum membeli, terutamanya dari segi labuh kain, potongan lengan dan keseimbangan siluet.

Sesuai untuk isteri yang:

  • Bertubuh petite

  • Sukakan gaya sopan dan ringkas

  • Mahu look yang manis tanpa terlalu sarat

@imanopiee

yay another try on this time with @Shop with TA pls forgive me sbb I tak iron selendang i tu 😭😭 btwww restock jumaat ni tauuu hehe jangan lambatttt 🤍🤍 ImansRayaEdit bajuraya tryon raya

♬ original sound – iman – iman

Setiap wanita mempunyai citarasa dan keperluan berbeza. Ada yang gemar tampil bold dan kreatif, ada yang memilih gaya elegan dan minimalis, dan ada juga yang mementingkan keselesaan kerana sedang hamil atau mempunyai anak kecil. Dengan menjadikan pempengaruh-pempengaruh ini sebagai inspirasi, anda bukan sahaja membantu isteri membuat pilihan yang lebih yakin, malah menunjukkan keprihatinan terhadap penampilannya di Hari Raya. Akhirnya, yang paling penting bukanlah mahal atau murahnya busana, tetapi bagaimana ia digayakan dengan penuh keyakinan dan senyuman di pagi Syawal.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PESONA 'GIRL-NEXT-DOOR': KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN

PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN

Bacaan Lanjut
selebriti wanita

KENAL PASTI 5 SELEBRITI & PERSONALITI MEDIA SOSIAL WANITA YANG CANTIK & FREE HAIR

Bacaan Lanjut
influencer malaysia

6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut