Skip to content

erra fazira nikah

KENALI ANAK GENIUS ENGKU ALEESYA, ANAK KEPADA PRIMADONA PERFILEMAN MELAYU, ERRA FAZIRA

Kongsikan artikel ini

Di sebalik nama besar Erra Fazira yang telah menguasai dunia perfileman Malaysia selama lebih dua dekad, berdiri seorang anak perempuan yang semakin mencuri perhatian ramai: Engku Aleesya.

Meskipun membesar sebagai anak kepada figura ikonik industri hiburan, Aleesya tidak pernah menumpang populariti ibunya. Sebaliknya, Aleesya dikenali kerana kecerdikan, disiplin akademik, dan personaliti yang matang jauh mengatasi usianya. Ramai menyifatkannya sebagai “anak genius”. Bukan kerana sensasi media, tetapi kerana prestasi akademik yang konsisten, minat pembelajaran yang tinggi, dan cara dia membawa diri dengan penuh sopan santun di hadapan umum.

Anak kepada primadona perfileman Melayu, ERRA FAZIRA

Sebagai anak kepada primadona perfileman Melayu, Aleesya membesar dalam perhatian khalayak umum.  Namun Erra Fazira sering menekankan pendidikan, nilai moral dan kesejahteraan mental sebagai keutamaan. Aleesya jarang mengejar limelight, namun setiap kemunculannya, sama ada di majlis rasmi atau sekadar posting ringkas bersama ibunya di media sosial.  Aleesya turut hadir mengiringi ibunya dalam majlis pernikahan Erra yang berlangsung hari ini, mencuri perhatian ramai dengan aura matang, sopan dan elegan yang semakin menyerlah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Walaupun masih muda, potensi Engku Aleesya semakin terserlah. Bukan sahaja melalui pembawaan diri yang matang, tetapi juga melalui pencapaiannya yang mengagumkan. Aleesya turut menyerlah sebagai penulis muda dengan menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris, membuktikan kreativiti dia berkarya. Aleesya meraih keputusan cemerlang IGCSE, termasuk A+ bagi First English Language, Matematik dan Fizik, serta A dalam Biologi, Sosiologi, dan Bahasa Malaysia. Menjadikannya antara pelajar high achiever di sekolah. Beauty with brains, Aleesya kini dijadualkan melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level, membuka lembaran baharu untuk masa depannya yang kian bersinar.

Artikel Berkaitan: ERRA FAZIRA KINI ISTERI EZWAN ZAIN

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL

Bacaan Lanjut

CENTRIX MOONPHASE LIMITED EDITION: INTERPRETASI KOSMIK TERBAHARU DARI RADO

Bacaan Lanjut

RIDZMAN ZIDAINE & SUGANYA MEWAKILI MALAYSIA’S NEXT MODEL WAVE

Bacaan Lanjut

LEVI’S UMUM KERJASAMA GLOBAL BERSAMA IKON K-POP ROSÉ

Bacaan Lanjut

DOMINASI GLOBAL: RIDZMAN ZIDANE & SUGANYA. DUA TOP MODELS MENGHIASI COVER GLAM LELAKI MAC 2026

Bacaan Lanjut
tengku mer

TENGKU MER, CONTENT CREATOR GENERASI BAHARU MESTI ‘FOLLOW’ DI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut