MONTBLANC SPRING/SUMMER 2026: WARISAN PENULISAN BERTEMU REKA BENTUK KONTEMPORARI
Untuk musim Spring/Summer 2026, Montblanc meneruskan naratifnya dalam dunia barangan kulit dengan pendekatan yang lebih lembut, ringan dan ‘fungsional’. Koleksi terbaharu ini bukan sekadar evolusi reka bentuk, tetapi refleksi terhadap warisan budaya menulis yang menjadi DNA Montblanc sejak 1906. Diterjemahkan ke dalam siluet moden dan keperluan gaya hidup kontemporari.
Palet warna musim ini berpaksikan rona bumi seperti khaki, fauve dan noisette. Disertai tona caramel yang hangat dan kaya. Percikan tangerine dan merah saffron pula menyuntik sentuhan musim panas yang segar. Mencipta keseimbangan antara keanggunan klasik dan ekspresi moden.
Material Ringan, Lembut dan Lebih Ekspresif
Montblanc memperkenalkan fabrik teknikal yang mewah dan ringan sebagai material baharu dalam koleksi ini. Digabungkan dengan perincian kulit kontra. Material ini mengangkat kategori travel essentials ke tahap lebih sofistikated. Panorama Weekender tampil dalam interpretasi lebih lembut dan fleksibel, lengkap dengan pemegang atas dan tali bahu untuk pilihan gaya yang versatil.

Lebih menarik, buat pertama kalinya Montblanc memperkenalkan helaian suede leather. Material lembut ini dilipat membentuk siluet sampul surat. Reka bentuk unik sinonim dengan visual kepada budaya penulisan Montblanc. Perincian pemegang dalam kulit Meisterstück pula meniru bentuk mata pena fountain pen, memperlihatkan bagaimana inspirasi tulisan diterjemah menjadi bahasa gaya.

Perincian pemegang kulit Meisterstück

Envelope Backpack dan Envelope Tote menampilkan keseimbangan antara fungsi dan estetika, dengan kompartmen praktikal serta penutup berbentuk lipatan sampul yang menjadi identiti visual utama musim ini.
Corak 4810 dan Denim Kontemporari
Corak arkib 4810 yang sebelum ini diperkenalkan dalam fabrik jacquard kini diolah semula dalam denim biru bercetak dengan perincian kulit rona ebony. Kemasan ini memberi sentuhan lebih kasual tetapi tetap premium, menghiasi Panorama Weekender, Tote dan Mini Crossbody. Pilihan aksesori seperti Passport Holder, Pouch dan mini Wallet melengkapkan estetika travel yang tersusun dan bergaya.

Di bawah arahan Artistik Marco Tomasetta, Montblanc terus meneroka bagaimana elemen tulisan boleh menjadi ekspresi boleh pakai. Clutch Notebook Holder misalnya berfungsi sebagai pelindung elegan untuk buku nota Montblanc, lengkap dengan tali penutup berbentuk nib.
Companion Rectangular Backpack pula diinspirasikan daripada briefcase klasik. Boleh digalas secara tradisional atau dibawa secara mendatar. Companion Briefcase menawarkan fleksibiliti messenger bag dengan kapasiti sehingga 16 inci, menjadikannya teman profesional moden yang praktikal tanpa mengorbankan gaya.

Rekabentuk Diperbaharui
Reka bentuk sedia ada turut diberi nafas baharu. Companion On-Body Bag kembali dalam rona fauve dan corak Extreme baharu berwarna almond hijau pastel. Malah, troli #MY4810 dalam corak Extreme XL kini hadir dalam rona navy yang sofistikated, melengkapkan naratif travel musim ini. Gelombang kedua koleksi Montblanc Leather Spring/Summer 2026 akan tersedia bermula Mac dan April 2026 di butik Montblanc seluruh dunia serta dalam talian.

Artiekl Berkaitan: NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GEMA RAMADAN 2026: MERAYAKAN “SHARE THE JOY” DALAM KILAUAN SWAROVSKI
Swarovski memperkenalkan Gema Ramadan 2026 berteraskan “Share the Joy”, menampilkan Eyka Farhana, Mimi Lana dan Sharifah Rose.
SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM
Ketahui beberapa perkara mengenai pelakon Firdaus Karim yang memegang watak Ustaz Irfan dalam Doa Yang Terlindung.
KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK
Calvin Klein mengumumkan pelancaran kempen denim Musim Bunga 2026 menampilkan Jung Kook dari BTS, sebagai duta jenama.
OSCARS 2026: KENALI BARISAN PELAKON-PELAKON LELAKI YANG TERCALON
GLAM Lelaki senaraikan pelakon-pelakon lelaki yang tercalon dalam kategori dua kategori di Oscars 2026 bersama watak-watak ikonik mereka.
MENGAPA ALIF SATAR JADI IDOLA BELIA DAN JUGA GEN-Z HARI INI?
Rahsia Alif Satar kekal relevan? Bakat, disiplin, nilai keluarga dan pengaruh positif menjadikannya idola generasi kini.
GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI
Sebelum menjelang bulan Syawal, GL Team telah membuat jangkaan tentang warna baju raya yang terkenal pada tahun ini.











