Skip to content

3 REGANGAN TERBAIK UNTUK MERAWAT SAKIT PINGGANG

3 REGANGAN TERBAIK UNTUK MERAWAT SAKIT PINGGANG

Kongsikan artikel ini

Apabila bercakap tentang fungsi badan, tiada yang lebih penting berbanding tulang belakang pada bahagian pinggang.

Tulang ini mengimbangi pergerakan fizikal daripada bahagian atas dan bawah tubuh. Ia direka untuk membantu anda memikul beban atas badan dan menyerap bebanan itu melalui bahagian bawah badan.

“Ketika duduk terutama untuk tempoh yang lama, anda meletakkan beban tambahan melalui sendi, cakera dan otot bahagian bawah badan.

“Kala melakukan aktiviti lebih aktif, tulang pinggang penting untuk membantu melakukan pergerakan serta menyerap beban apabila anda menolak, menarik atau membawa sesuatu,” kata Helen O’Leary, ahli fisioterapi.

Secara asasnya, duduk terlalu lama menyebabkan ketidakseimbangan pada tulang pinggang. Tanpa pergerakan mencukupi, ia boleh mengalami tekanan. Kesemua sendi, otot dan cakera menanggung beban berat setiap hari tanpa merasai kelegaan.

sakit pinggang

Foto: Freepik/Jcomp

Sebab itulah penting untuk memasukkan regangan pinggang ke dalam rutin senaman anda bagi meningkatkan mobiliti, mencegah kecederaan dan menangani ketidakselesaan sedia ada.

Cuba regangan mudah ini jika anda mengalami sakit pinggang

1. Open Books

Berbaring secara mengiring pada bahagian kanan badan. Angkat lutut agar sejajar dengan paha dan sebaiknya letakkan bantal di bawah leher untuk memberi sokongan pada kepala. Tarik nafas dan pastikan bahu anda sentiasa dalam keadaan relaks.

Sambil memusingkan tubuh, angkat lengan kiri ke atas dan letak di belakang badan. Perhatian setiap pergerakan anda. Pastikan kedudukan pelvis dan betis tidak beralih. Anda boleh berhenti seketika untuk mengambil nafas selama tiga saat. Hembus nafas sambil membawa lengan kembali ke posisi mula. Ulangi sebanyak 3-5 kali untuk setiap sisi.

 

2. Cat Cow

Dalam posisi merangkak, lentikkan punggung dan tolak dada ke hadapan sambil bernafas. Kemudian dongak kepala, relakskan bahu dan pandang ke hadapan. Semasa menghembus nafas, kendurkan badan sambil kepala menghadap lantai dan relaks. Ulang 10 kali.

 

3. Thread The Needle

Dalam posisi merangkak, angkat tangan kanan ke atas sambil memerhatikannya. Teruskan memerhati sambil hayunkan tangan kanan tadi ke bawah bahagian kiri tubuh. Ulang 10 kali pada kedua-dua belah sisi badan.

 

Foto: Freepik/Master1305

Pautan berkaitan: BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL

Bacaan Lanjut

CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut

TIDAK DIMAMAH USIA, INI 7 SELEBRITI LELAKI MILIKI WAJAH AWET MUDA

Bacaan Lanjut

POST-SENAMAN: 5 PERKARA PERLU DIELAKKAN

Bacaan Lanjut