3 TRIK PASTIKAN HARUMAN MINYAK WANGI TAHAN LEBIH LAMA!
Jika sebelum ini GL pernah membincangkan lima sebab kenapa minyak wangi tidak seharum yang anda sangkakan, kali ini kami ingin berkongsi tip dan trik yang boleh anda gunakan bagi memastikan bauan minyak wangi yang anda sembur itu tahan lama. Jom ikuti tip yang kami sediakan khas untuk anda ini.

1. USAH SIMPAN DALAM KAMAR MANDI
Setiap minyak wangi tidak digalakkan disimpan di dalam kamar mandi atau tempat yang lembap dan panas. Suhu panas, cahaya dan kelembapan boleh merosakkan aromanya sekali gus mengurangkan lagi kualitinya. Simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering, dan jauhkan dari tingkap.
2. SAPU VASELINE
Ingin bauan kekal lama? Apa kata anda sapukan Vaseline di titik nadi pada pergelangan tangan sebelum sembur minyak wangi. Bahagian kulit yang lembap boleh memanjangkan bau wangian berbanding jika anda semburkannya pada permukaan kulit yang kering.
3. USAH GOSOK PADA PERGELANGAN TANGAN
Jangan gosok wangian pada pergelangan tangan selepas menyemburnya. Ini akan menyebabkan nota utama pada wangian hilang lebih cepat daripada yang sepatutnya dan membuatkan haruman tidak kekal lama.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.











