5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG
Dandanan merupakan salah satu aset lelaki. Tak kira berambut panjang atau pendek, ia haruslah kelihatan kemas untuk menyempurnakan lagi penampilan diri.
Kebanyakan lelaki lebih gemarkan gaya rambut pendek kerana ia lebih mudah dijaga dan diurus. Rambut panjang memerlukan penjagaan lebih rapi dan teliti, namun begitu bukan semula lelaki sesuai memilikinya.
Sama juga di Hollywood. Terdapat beberapa bintang lelaki popular yang lebih segak berambut panjang daripada pendek. Dalam senarai kami ini, kebanyakannya pernah memiliki dandanan mengurai sepanjang kerjaya mereka terutama pada tahun 80-an dan 90-an, sama ada kerana trend atau watak yang dilakonkan.
GL senaraikan lima bintang terkenal yang lebih elok berambut panjang
1. Tom Cruise

Foto: Mptvimages
Lama sebelum namanya melonjak naik, Tom Cruise menyimpan rambut panjang sehingga dia agak sukar dikenali dalam foto ini. Dia menggayakan stail ini pada awal 80-an namun tidak bertahan lama kerana terpaksa berambut pendek untuk melakonkan watak juruterbang dalam filem ikonik, Top Gun. Selama bertahun-tahun selepas itu dia kembali menyimpan rambut panjang, namun tidak sepanjang yang digayakannya pada tahun 80-an.
2. Johnny Depp

Foto: Pinterest
Selama berpuluh tahun terlibat dalam industri seni, Johnny Depp telah menggayakan pelbagai stail dandanan. Walaupun dia sememangnya suka menggayakan rambut sedikit panjang di bawah paras telinga, namun ramai lupa bahawa dia pernah menyimpan rambut paras bahu sekali dalam hidupnya. Kacak!
3. Orlando Bloom

Foto: Allthingshair
Sama seperti Johnny Depp, stail Orlando Bloom juga berubah-ubah dari semasa ke semasa. Dia pernah menggayakan mohawk, shaved head, gaya serabai dan rambut panjang paras bahu bertahun-tahun lalu. Bloom antara pelakon yang sesuai menggayakan rambut panjang, mengingatkan kita kepada wataknya sebagai Will Turner dalam Pirates of the Caribbean!
4. David Beckham

Foto: GQ
Sudah bertahun-tahun Beckham tampil dengan dandanan pendek dan rapi sehingga kita lupa bekas pemain bola sepak ini pernah menyimpan rambut panjang. Dia dilihat sering menggayakan pelbagai stail dandanan sewaktu zaman muda, namun yang menjadi kegilaan peminat wanita seluruh dunia adalah rambut perangnya yang melepasi paras bahu.
5. George Clooney

Foto: Kevin Wilkes/Coleman-Rayner
George Clooney merupakan seorang lagi bintang yang gemar bereksperimen dengan gaya dandanan sepanjang kerjayanya. Beberapa tahun kebelakangan ini dia gemar memilih gaya rambut kemas, namun siapa sangka Clooney pernah berambut panjang ala bintang rock pada awal 90-an. Foto ini dirakam semasa tayangan filem Red Surf pada tahun 1990.
Foto: Pinterest/Getty Images
Pautan berkaitan: ROYE SIVAN BERPOTONGAN RAMBUT MULLET, GAYA PALING HANGAT TAHUN INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN
Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter.
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?
Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan tidak dijangka selepas Tom Cruise dan Ana de Armas dirakam meluangkan masa bersama di London.
5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN
Ramai selebriti memilih untuk memulakan keluarga pada lewat usia kerana bimbang komitmen akan mengganggu perjalanan kerjaya.
4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI
Sejak diperkenalkan, lebih 35 lelaki telah dinamakan sebagai Sexiest Man Alive namun hanya empat pernah dinobat lebih daripada sekali.
TANDA SOKONGAN ROBERT DOWNEY JR BUAT JOHNNY DEPP
Ikatan persahabatan yang terjalin antara dua aktor terkenal, Robert Downey Jr dan Johnny Depp tidak perlu diperhebahkan lagi.
GAYA FESYEN RETRO LELAKI: INSPIRASI KLASIK UNTUK PENAMPILAN MODEN
Panduan gaya retro moden untuk lelaki, rahsia fesyen vintaj klasik dan bergaya menjadikan anda jejaka yang penuh karakter dan karisma.