5 CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN PERUT BUNCIT
Tidak dinafikan perut buncit boleh menjejaskan penampilan anda, namun efeknya terhadap kesihatan lebih besar.
Lemak berlebihan terutama di bahagian perut berpunca daripada amalan gaya hidup tidak sihat dan peningkatan usia. Apa yang membimbangkan, ia boleh meningkat risiko pelbagai penyakit temasuk kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Jadi penting untuk anda memahami punca lemak degil di perut dan mengambil langkah tepat untuk meningkatkan kesihatan tubuh.
GL kongsikan beberapa cara untuk anda atasi masalah perut buncit
1. Amalkan Pemakanan Sihat

Foto: Freepik
Langkah paling penting adalah mengurangkan pengambilan makanan berlemak, bergula dan bergoreng. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, protein tanpa lemak serta makanan berserat tinggi seperti oat dan kekacang. Minum air secukupnya juga penting untuk melancarkan sistem pencernaan.
2. Bersenam Secara Konsisten
Senaman kardiovaskular seperti berlari, berbasikal atau lompat tali dapat membakar lemak dengan lebih cepat. Anda juga boleh lakukan senaman kekuatan seperti plank dan sit-up untuk menguatkan otot perut serta mengurangkan lemak di bahagian tersebut.
3. Tangani Tekanan Dengan Baik
Ramai tidak tahu stres berlebihan boleh meningkatkan hormon kortisol yang menyebabkan penyimpanan lemak di bahagian perut. Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi, tidur yang mencukupi dan kawal tekanan di tempat kerja.
4. Elak Tabiat Tidak Sihat

Foto: Drobotdean/Freepik
Ingat! Tabiat buruk seperti merokok dan mengambil alkohol (buat orang bukan Islam) boleh memperlahankan metabolisme dan menyumbang kepada peningkatan berat badan.
5. Ambil Makanan Tinggi Probiotik
Meningkatkan kesihatan usus antara strategi terbaik untuk mengurangkan lemak perut. Probiotik iaitu bakteria baik yang ada dalam makanan yang ditapai seperti yogurt, kefir dan sauerkraut boleh membantu mengimbangi mikrobiom usus, menurut pakar.
Mikrobiom usus yang sihat dikaitkan dengan pengurangan radang dan metabolisme tubuh yang baik, yang membantu menurunkan berat badan. Menurut kajian, probiotik boleh membantu mengurangkan perut buncit dengan mengawal selera makan dan penyimpanan lemak dalam tubuh.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: 5 KEPENTINGAN DETOKS UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BERJALAN DUA KILOMETER SETIAP HARI MEMBANTU ANDA RAIH 7 MANFAAT INI!
Percaya atau tidak, berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari bukan saja memberi kebaikan kepada fizikal tetapi juga kesihatan mental.
5 TIP MUDAH ANDA PERLU CUBA UNTUK MENGATASI MULUT BERBAU
Selain merendahkan keyakinan dan menjejaskan imej diri, mulut berbau boleh menandakan masalah kesihatan yang bersarang dalam tubuh anda.
BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?
Hari ini ramai daripada kita memilih untuk menikmati hidangan sambil memegang telefon bimbit dan melayari laman sosial. Tindakan ini sepatutnya dielakkan!
3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat badan. Selain berdiet dan bersenam, terdapat beberapa lagi petua mudah yang boleh anda ikuti.
2 RAHSIA KECERGASAN ICE-T YANG MENJADI AMALAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN
Bagaimana Ice-T mengekalkan kesihatan dan kecergasan tanpa perlu mengorbankan makanan kegemaran seperti manisan dan bijirin bergula?