5 LANGKAH PENTING LELAKI PERLU TAHU SEBELUM BERCUKUR
Sebagai lelaki, bercukur tentunya merupakan salah satu rutin wajib dalam penjagaan diri.
Bagi mereka yang sentiasa ingin tampil kemas, mencukur wajah adalah satu kemestian. Ini kerana membiarkan wajah berserabut dengan misai dan janggut yang tumbuh meliar bukanlah satu pilihan baik.
Bagaimanapun bukan semua lelaki tahu cara bercukur yang betul sehingga menyebabkan wajah terluka. Malah cukuran tidak rapi juga boleh memberi memberi impak pada penampilan anda.
Jadi apakah langkah tepat untuk bercukur?
1. CUCI MUKA TERLEBIH DAHULU
Jangan sapu gel atau krim pada wajah dan terus bercukur! Mulakan dengan mencuci wajah menggunakan pembersih atau air suam. Ini akan menyediakan kulit wajah dan menjadikan proses pencukuran lebih lancar.
2. GUNA KRIM ATAU GEL YANG SESUAI
![](https://img.freepik.com/free-photo/shaving-concept-with-attractive-young-man_23-2148121864.jpg)
Foto: Freepik
Sapukan krim atau gel pada bahagian wajah yang ingin dicukur seperti pipi dan dagu. Memakai pelembap akan melembutkan kulit, justeru kurang risiko kulit terluka.
Ingat, selepas meratakan krim di muka, berikan masa kepada kulit untuk bernafas dalam seminit dua kemudian barulah mula mencukur.
3. PILIH PENCUKUR IKUT KESELESAAN
Dengan pilihan yang pelbagai di pasaran, anda bebas menggunakan apa saja pisau pencukur mengikut keselesaan. Sama ada satu, dua atau tiga mata cukur, semuanya terpulang pada pilihan masing-masing.
Bagaimanapun pastikan anda menukar mata pencukur selepas lima hingga tujuh cukuran. Ini kerana mata pisau yang tumpul boleh mencederakan kulit dan membuatkan cukuran tidak rapi.
4. GUNAKAN TEKNIK YANG BETUL
![](https://img.freepik.com/free-photo/shaving-concept-with-attractive-man_23-2148121812.jpg)
Foto: Freepik
Teknik kebiasaan yang dilakukan adalah setelah diratakan krim pada wajah, tarik pencukur ke bawah dari paras sideburn. Kemudian, dari kanan ke kiri dan akhirnya atas ke bawah.
Pastikan tiada bulu-bulu yang tertinggal dengan memeriksa menggunakan jari di kawasan cukuran. Jika masih ada, ulang sekali lagi.
5. PENGGUNAAN AFTERSHAVE
Masih ramai lelaki yang kurang peduli dengan rutin perapian selepas bercukur. Anda digalakkan untuk menggunakan aftershave yang tidak mempunyai alkohol. Bergantung kepada jenis kulit, alkohol ada kalanya boleh membuatkan kulit sedikit pedih.
Terdapat dua jenis aftershave iaitu balm dan splashes. Balm lebih berat dan terasa melekat di kulit dengan kesan pelembab. Ia mampu mengurangkan kerengsaan selepas bercukur. Splashes pula bersifat cecair dan lebih ringan, biasanya mengandungi alkohol.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: 5 PETUA LELAKI BOLEH CUBA UNTUK MENGHINDAR BAU BADAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MANDI MALAM MEMBAHAYAKAN TUBUH: MITOS ATAU FAKTA?
Pasti anda biasa mendengar, rutin mandi sebelum masuk tidur mendatangkan lebih keburukan berbanding kebaikan. Sejauh manakah kebenarannya?
LELAKI BERKUMIS DI WORLD CUP 2022, 6 PILIHAN GL
Lelaki dan janggut ibarat pemanis sejati. Lambang kejantanan yang buat wanita terpegun. Baru-baru ini kala World Cup 2022 berlangsung, GL intip gaya kumis terbaik.
TIP GROOMING TAMPIL SEGAK BUAT JEJAKA
Selain bagi memikat hati wanita idaman, penampilan juga perlu kelihatan rapi, kemas, dan confident agar diberi tanggapan yang baik kepada orang yang kita temui. GL senaraikan 5 tip terbaik yang boleh dilakukan oleh jejaka!
INI PUNCA WAJAH KELIHATAN TUA DARI USIA SEBENAR
Usia baru sahaja mencecah 30-an, tetapi wajah sudah penuh garis-garis halus. GL senaraikan tabiat yang membuatkan anda nampak lebih tua!
SELAMAT TINGGAL KULIT KUSAM, HELLO NEW SKIN!
Mulakan hari baru dengan tabiat grooming sepenuh masa. Sempena National Men’s Grooming Day,GL bariskan produk penjagaan wajah dan badan untuk anda update your skincare routine.
INVICTUS VICTORY, AROMA BUAT JUARA
Haruman itu besar peranannya dalam menaikkan mood. Ada sebahagian orang pula menggunakan haruman sebagai sumber keyakinan diri, yang adakalanya bila sudah terlalu biasa dengan satu-satu haruman, dirinya tidak lengkap jika tidak dibaluti bau yang sama, macam ada yang hilang dalam dirinya. Pilihan haruman juga bermacam-macam, dan setiap satunya punya karakter berbeza-beza. Paco Rabanne misalnya punya…