Skip to content

5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR

5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR

Kongsikan artikel ini

Berat badan kekal sama selepas sebulan berpuasa? Ini mungkin disebabkan makan berlebihan ketika berbuka puasa atau pengambilan makanan yang salah ketika bersahur.

Pemilihan makanan yang betul sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan. Sebagai seorang Muslim dalam dunia moden hari ini, pemilihan makanan yang mempunyai nutrisi tinggi dapat memberikan lebih fokus sepanjang hari untuk bekerja.

Ramadan adalah bulan untuk mengamalkan disiplin dalam semua perkara, terutamanya pemakanan. Ketika bersahur, anda digalakkan memilih makanan yang berkhasiat. Jika tidak, ia dapat meningkatkan kadar lemak dan mengurangkan tenaga. Perut juga akan berasa tidak selesa dan kembung.

Ini antara makanan yang perlu anda elak ketika bersahur sepanjang Ramadan

 

1. Teh atau Kopi Bergula

Top view of female barista holding cup of coffee

Foto: Freepik

Minuman bergula seperti teh dan kopi akan mudah membuat anda dehidrasi, terutamanya kopi. Ini kerana pengambilan air bergula pada waktu sahur akan meningkatkan kandungan gula dalam darah. Ia akan mula berkurangan secara mendadak ketika berpuasaa, lantas anda akan berasa letih dan lapar sepanjang hari nanti. Jus buah dan minuman soda juga perlu dielakkan kala bersahur.

 

2. Makanan Berminyak

Roti canai, makanan bergoreng dan nasi beriani akan membuat perut anda berasa kembung dan angin. Oleh itu, perut anda akan berasa tidak selesa sepanjang hari. Ia akan mengganggu fokus untuk bekerja.

 

3. Roti Putih

Roti  antara makanan yang mudah dan enak untuk di makan pada waktu pagi. Tetapi, kadar karbohidrat yang tinggi dalam roti akan menyumbang kandungan gula yang tinggi dalam darah. Ia sama seperti minuman bergula, kandungan gula dalam darah yang berkurangan akan membuat anda berasa letih dan lapar nanti.

 

4. Kuah Kari

Foto: Timolina/Freepik

Kuah dal atau kari yang pekat pastinya menjadi pilihan sajian bersahur yang menyelerakan. Tetapi, sajian yang mempunyai bahan-bahan seperti minyak berlebihan dan kekacang dapat memberikan masalah penghadaman dan angin. Ini akan memberikan kesan kepada badan anda sepanjang hari ketika berpuasa.

 

5. Bijirin Sarapan

Sama seperti roti, bijirin atau cereal adalah makanan sarapan pagi yang mudah dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi yang tidak berselera untuk menjamu makanan yang ‘berat’ ketika bersahur. Bijiran sarapan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Oleh itu, badan anda akan cepat berasa lemah dan lapar.

Buat anda yang tidak bersahur, pastikan juadah berbuka puasa merangkumi makanan berkhasiat yang rendah lemak dan mempunyai kandungan protein yang tinggi. Amalan bersederhana perlu diamalkan dalam pemakanan sepanjang bulan Ramadan.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: 5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Bacaan Lanjut
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU

Bacaan Lanjut

THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS

Bacaan Lanjut
M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
5 TIP KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA

5 TIP KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA

Bacaan Lanjut
5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Bacaan Lanjut