5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT
Kaum lelaki perlu mengelak untuk mengambil beberapa makanan ini yang berpotensi untuk memberikan kesan negatif kepada kesihatan zakar dan stamina seksual nanti.
Tidak boleh dinafikan lagi, makanan merupakan antara faktor utama yang akan mempengarusi kesihatan secara keseluruhan. Beberapa jenis makanan berpotensi untuk mempengaruhi kesihatan seksual lelaki secara umum. Makanan ini juga dapat memberikan kesan negatif terutamanya kepada kesihatan zakar.
Berikut adalah 5 jenis makanan yang lelaki perlu elak untuk mendapatkan kesihatan seksual yang lebih baik:
1. Berlemak Tinggi
Ramai sudah tahu bahawa makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi tidak bagus untuk kesihatan. Makanan berlemak terutamanya lemak trans dapat menghalang aliran darah ke bahagian zakar. Ini akan mengganggu peredaran darah yang penting untuk mendapatkan ereksi yang lebih sihat dan kuat.
2. Makanan Manis
Kandungan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman akan memberikan impak negatif kepada diri. Pengambilan gula yang tinggi dapat menyumbang kepada beberapa jenis penyakit seperti diabetes, obesiti dan juga resistensi insulin. Kesemua ini akan memberikan kesan kepada kesihatan seksual lelaki seperti disfungsi ereksi.
3. Produk Makanan Diproses
Apa sahaja makanan yang diproses akan memberikan kesan kepada kesihatan keseluruhan. Makanan yang diproses selalunya tinggi dalam kandungan gula tambahan, lemak tepu dan bahan pengawet. Oleh itu, lelaki digalakkan untuk memilih makanan yang natural dan tidak diproses untuk kesihatan seksual yang baik.
4. Tinggi Kandungan Garam
Hampir semua jenis masakan akan menggunakan garam sebagai pelengkap rasa. Tetapi, kandungan garam yang berlebihan akan menyebabkan penyakit seperti tekanan darah tinggi. Lantas, ia akan mempengaruhi aliran darah ke organ tubuh termasuklah zakar.
5. Alkohol
Pengambilan alkohol yang berlebihan dapat merosakkan saluran pembuluh darah dan peredaran darah. Ini akan memberikan impak yang tidak bagus kepada kesihatan zakar lelaki. Merokok juga antara faktor yang akan mempengaruhi stamina seksual nanti.
Walau bagaimanapun, pengambilan makanan-makanan ini secara moderat dan sederhana tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada diri. Lelaki digalakkan untuk mengamalkan pola pemakanan sihat yang fokus kepada buah-buahan, bijirin, protein dan lemak sihat untuk kekal sihat sepanjang masa. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor, pakar kesihatan dan pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai kesihatan diri anda.
Foto: Freepik.com
Baca lebih lanjut: 5 MAKANAN TERBAIK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENAMAN LELAKI PATUT CUBA UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN
Pernahkah anda tertanya-tanya, adakah jenis senaman yang anda lakukan selama ini dapat mempengaruhi kesuburan?
4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA
Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang boleh membahayakan sperma. Ketahui tiga lagi tabiat yang mempunyai pengaruh serupa.
10 TIP PERAPIAN DIRI LELAKI MESTI AMALKAN
Tidak boleh dinafikan perapian diri sangat penting buat lelaki agar kelihatan kemas dan bersih setiap hari.
5 CARA SEMULA JADI UNTUK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Ubat-ubatan membantu merendahkan tekanan darah tinggi, malangnya ia boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh.
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!
6 CARA PASTIKAN TUBUH KEKAL TERHIDRAT KALA BERPUASA
Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air, justeru penting untuk kekal terhidrat bagi memastikan kesihatan berada di tahap terbaik.