5 PRODUK RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI BULAN INI
Pelbagai produk rambut boleh menjadi pilihan, semuanya bergantung kepada jenis rambut dan hasil penggayaan yang dimahukan.
Penggayaan rambut merupakan aspek paling penting untuk lelaki yang menjaga penampilan diri. Pilhan produk rambut yang bersesuaian dengan jenis rambut serta gaya yang dimahukan amat penting dalam mencapai gaya rambut yang sempurna. Walaupun pelbagai jenis rawatan serta penggayaan rambut boleh dilakukan di salon atau barber, menggayakan rambut sendiri lebih jimat masa dan wang. Kualiti produk rambut yang menjadi pilihan juga memainkan peranan mengikut jenis rambut. GLAM Lelaki akan kongsikan lima produk rambut yang menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk bulan Jun 2025 kali ini.
#1 Virtue Labs Flourish® Thickening Styling Treatment
Setiap helai rambut segera kelihatan lebih tebal dan volum sepanjang hari dengan setiap penggunaan. Produk ini menghasilkan rambut yang sentiasa tampak penuh dan bervolum. Flourish® Thickening Styling Treatment menambah volum, melembapkan dan membaiki semua jenis rambut halus atau yang menipis. Krim bertekstur gebu seperti soufflé ini sarat dengan ramuan penebal yang memberikan volum, keanjalan dan pergerakan tahan lama, serta perlindungan haba. Walaupun sangat sesuai digunakan pada rambut yang dikeringkan secara semula jadi, ia juga membantu rambut mengekalkan bentuk, kekuatan dan kesihatannya apabila digunakan bersama alat penggayaan.
#2 Schwarzkopf OSiS Freeze
OSiS Freeze dari Schwarzkopf ialah produk semburan rambut pegangan sederhana yang memberikan kawalan kuat dengan kemasan yang boleh disikat semula tanpa menyebabkan kelopak putih atau serpihan. Ia mempunyai perlindungan haba sehingga 230°C/450°F. Produk ini juga dikatakan vegan. Ia juga bebas daripada bahan berasaskan haiwan, sesuai untuk digunakan semasa penggayaan haba sambil memastikan rambut kekal kemas dan teratur sepanjang hari.
#3 Gatsby Styling Wax Mega Hold
Wax dari Gatsby memberikan kuasa penggayaan ultra kuat yang membolehkan anda mempunyai gaya rambut liar namun tetap kelihatan kasual dan bergaya. Dengan kesan pegangan yang tahan lama, ia sesuai untuk menghasilkan gaya rambut spiky yang kekal terbentuk sepanjang hari tanpa mudah jatuh atau hilang bentuk. Formula khasnya membantu mengekalkan gaya rambut yang telah anda cipta supaya anda tidak perlu kerap membetulkan semula. Ia amat sesuai untuk lelaki yang mahukan gaya yang lebih maskulin, kemas dan tersusun. Penggayaan ini juga sesuai untuk penampilan harian atau acara istimewa, sambil memastikan rambut sentiasa kelihatan rapi, bertekstur dan bervolum.
#4 Wella EIMI Bold Move Matte Texturizing Paste
Wella EIMI Bold Move Matte Texturizing Paste membantu mencipta gaya santai dan kemas dengan mudah. Teksturannya sangat sesuai untuk menggayakan rambut pendek lelaki Daripada potongan pixie yang kusut kepada gaya pompadour yang licin, pes rambut ini memudahkan anda bereksperimen, mencuba gaya baharu, atau sekadar merapikan rambut pada waktu pagi. Selain itu, pes ini dengan wax Carnauba meluncur dengan lancar serta menghasilkan gaya yang tahan sepanjang hari. Ia juga memberikan kemasan matte semula jadi dan membuatkan rambut kekal lembut serta ringan.
#5 Hanz de Fuko Modify Pomade
Modify Pomade dari Hanz de Fuko ialah penggaya rambut berpegangan sederhana dengan kilauan yang tinggi. Formulasi hebat yang larut sepenuhnya dalam air ini direka khas untuk pelbagai kegunaan pada rambut basah atau kering. Formula ini merupakan yang paling tradisional dalam rangkaian produk Hanz de Fuko. Teksturnya yang unik membolehkan penggayaan klasik yang sempurna tanpa rasa berat atau terlalu berminyak. Produk ini juga merupakan produk organik dan tidak mengandungi minyak.
Pautan berkaitan: PANDUAN SOLEKAN HALUS BUAT LELAKI TAMPIL LEBIH SEGAR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penggayaan dan penjagaan rambut.
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian seorang lelaki. Justeru penjagaannya tidak boleh diabaikan.