5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut adalah salah satu aset fizikal penting bagi setiap individu tanpa mengira jantina.
Bagi lelaki ia bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian. Justeru penjagaan rambut adalah aspek yang tidak boleh diabaikan.
Ada banyak peraturan yang lelaki harus ikuti untuk memastikan mahkota mereka tetap sihat, bersih dan menarik.
GL kongsikan beberapa pantang larang rambut yang lelaki wajib ambil tahu
1. Terlalu Kerap Mencuci Rambut
Mencuci adalah salah satu rutin penting namun elakkan melakukannya terlalu kerap. Ini kerana ia boleh menyebabkan kulit kepala menjadi kering kerana minyak semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar sebum akan hilang. Minyak semula jadi ini penting untuk menjaga lembapan rambut dan melindunginya daripada kerosakan.
Lelaki yang mempunyai mahkota berminyak digalakkan mencucinya setiap hari. Jika ia kering atau normal, dua hingga tiga kali seminggu sudah mencukupi. Elak menggunakan air panas kerana ia boleh merosakkan struktur rambut dan membuatkannya kering. Selepas mencuci, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang pori pada kulit kepala dan menjaga lembapan.
2. Menggunakan Produk Tidak Sesuai

Foto: Freepik
Setiap individu mempunyai jenis rambut yang berbeza sama ada lurus, kerinting, kasar atau halus. Jadi penting untuk memilih syampu, perapi dan produk penjagaan yang sesuai. Contohnya jika mahkota anda kering atau bercabang, pilih produk yang mampu melembapkan. Sebaliknya jika ia jenis berminyak, cari produk yang dapat mengawal pengeluaran minyak.
Penggunaan produk yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah seperti kelemumur, keguguran atau menjadikannya lebih kering dan rapuh. Selain itu produk yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kepala dan folikel.
3. Mengeringkan & Menyikat Rambut Dengan Kasar
Menggosok kepala menggunakan tuala dengan kasar selepas mandi boleh menyebabkan mahkota rosak dan bercabang. Juga mengakibatkan kutikel terkeluar daripada lapisan luar, menjadikannya menjadi lebih rapuh dan mudah putus. Sebaliknya keringkan dengan menepuk lembut menggunakan tuala bersih untuk menghilangkan lebihan air.
Menyikat dengan kasar dan menggunakan sikat yang salah juga boleh menyebabkan kerosakan. Pastikan anda menggunakan sikat bergigi jarang untuk menyikat rambut basah bermula dari hujung sebelum menuju ke akar. Jangan menarik dengan kasar ketika menyikat, sebaliknya lakukannya secara lembut untuk mengurangkan risiko keguguran.
4. Menggunakan Alat Dandanan Secara Berlebihan

Foto: Freepik
Penggunaan pelurus, pengerinting dan pengering boleh memberikan penampilan mahkota yang menarik dan rapi. Namun jika terlalu kerap, ia boleh menyebabkan masalah seperti rambut kering, bercabang, atau terbakar.
Jika terpaksa menggunakan alat dandanan, pastikan anda menggunakan pelindung haba atau serum yang dapat melindungi rambut daripada kesan suhu yang tinggi. Selain itu elakkan penggunaannya setiap hari.
5. Tidak Mengamalkan Pemakanan Seimbang
Diet seimbang adalah kunci penjagaan rambut yang baik. Mahkota anda memerlukan pelbagai nutrien untuk tumbuh dengan sihat, termasuk protein, vitamin dan mineral. Jadi tidak menjaga pemakanan atau mengabaikan nutrisi boleh mempengaruhi kesihatannya.
Nutrien penting termasuk vitamin A, B, C, D, dan E, zat besi, zink, serta asid lemak omega-3. Jika kurang, ia boleh menyebabkan keguguran atau pertumbuhan rambut yang perlahan. Jadi penting untuk pastikan diet anda kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, dan sumber protein sihat seperti ikan, ayam atau telur.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: PUNCA SEBENAR RAMBUT CEPAT BERUBAN: FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 JENAMA SKRUB TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Eksfoliasi adalah wira dalam rejimen penjagaan kulit. Ia membersih, memperbaiki tekstur kulit, membuka liang pori dan menghilangkan kotoran
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!
6 CARA PASTIKAN TUBUH KEKAL TERHIDRAT KALA BERPUASA
Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air, justeru penting untuk kekal terhidrat bagi memastikan kesihatan berada di tahap terbaik.
5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA
Berpuasa di bulan Ramadan merupakan satu cabaran besar buat penghidap gastrik. Namun ada cara mudah untuk mengatasinya.
10 TIP RAMBUT KEKAL WANGI DALAM 48 JAM
Di sinilah Siri Penjagaan Rambut Premium Adolph hadir sebagai game changer. Rangkaian ini memastikan rambut kekal segar dan wangi sehingga 48 jam.
3 JENAMA PENJAGAAN FESYEN TERBAIK
Rumah fesyen mewah kini turut menceburi dunia penjagaan diri. Adakah ia berbaloi untuk masa anda? GLAM Lelaki tahu apa yang anda perlukan!