ADA APA DENGAN SCHWARZKOPF PROFESSIONAL SESSION LABEL DAN NICK IRWIN
GLAM Lelaki sempat menemuramah secara eksklusif bersama Schwarzkopf Professional Global Styling Ambasador, Nick Irwin dalam berkongsi rahsia kembaranya dalam dunia penggayaan rambut editorial dan selebriti :

Apakah produk rambut yang anda wajib ada?
Hairspray! Kerana dengan penyembur rambut ini akan menyelamatkan saya daripada masalah. Bayangkan saya boleh gayakan rambut basah hanya dengan semburan secepat mungkin dan rambut bakal membentuk dengan gaya berbeza. Seperti my magic tools, apa juga stail rambut mudah dilaksanakan dengan sekelip mata.
Pendapat anda mengenai SESSION LABEL?
SESSION LABEL merupakan satu rangkaian game changer! Yang mampu mengubah nasib setiap jurudandan profesional kerana kehadirannya bersama pemilihan formula yang luar biasa adalah mencetus revolusi. Apabila saya ingin mencipta volume rambut, ianya sangat mudah dan tahan lama. Paling menarik tidak meninggalkan kesan kotor pada permukaan rambut.
Tip untuk pengayaan rambut lelaki di pagi hari?
Men normally tend to like less stuff. Lelaki secara amnya tidaklah terlalu gemarkan banyak produk kerana bagi mereka ianya ibarat permainan wanita. Apabila saya berada di London, kebanyakan klien saya adalah golongan lelaki maskulin, mereka sangat memandang serius akan penampilannya. Di pagi hari,cukup sekadar menggunakan krim rambut yang bertindak sebagai pelembap agar rambut tanpa sihat.
Pengalaman sepanjang bergelar Schwarzkopf Professional Global Styling Ambasador?
Dengan pengalaman dan kembara saya sebagai jurudandan editorial sehinggalah ke jurudandan selebriti banyak mengajar saya untuk membawa kepada sensibility baharu yang lebih berbeza daripada sebelumnya. Seperti SESSION LABEL yang kini hadir dengan wajah baharu dengan gabungan ilmu yang saya ada, saya berkongsi pendapat bersama Schwarzkopf Professional.

Artikel berkaitan HELAH RAMBUT TERPACAK 24 JAM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.











