Skip to content

AROMA DEADORAN SEMULAJADI DARI VERI.NATURAL, PERANGI BAU BADAN DENGAN BERKESAN

Kongsikan artikel ini

Tuntutan untuk sentiasa berbau wangi dan nyaman pasti menjadi keutamaan apatah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. GL berkesempatan untuk mencuba sendiri krim deadoran Veri.Natural yang 100% diilhamkan dari alam semujaladi. Untuk pengetahuan, krim deadoran Veri.Natural pada asalnya bukan untuk tujuan perniagaan namun lebih kepada kegunaan peribadi sahaja. Veri.Natural diasaskan oleh dua sahabat baik dan bekas jurutera iaitu Syaiful Afzal dan Saifullah.

Saifullah dan Syaiful

GLAM Lelaki: Kenapa deadoran dan minyak wangi? 

SYAIFUL AFZAL: Apabila berbicara tentang masalah bau badan yang lebih serius, ramai beranggapan pendekatan pengambilan bahan kimia yang kuat adalah solusi bagi memerangi sumber bau. Untuk tampil berbeza, krim deodorant Veri.Natural adalah vegan dan diperbuat daripada bahan bermutu tinggi. Krim Deodoran ini tidak mengandungi bahan tambahan larangan seperti parabens, sintetik, produk sampingan petrokimia, atau sebatian aluminium yang sering dijumpai di antiperspirant komersil. Yang pasti, ianya 100% dari bahan alami yang menyegarkan.

GLAM Lelaki: Apa yang membezakan krim deadoran Veri.Natural dengan produk-produk lain?

SAIFULLAH: Yang pasti, banyak uji kaji telah dijalankan dan krim buatan sendiri dilihat sangat berkesan. Menyedari bahawa alam semula nyata lebih berkesan dan cukup sesuai untuk dijadikan bahan untuk menghapuskan bau bahan, Veri.Natural sudah semestinya sesuai untuk memerangi masalah bau badan terutama sekali buat kaum lelaki yang dilihat kuat berpeluh berbanding wanita. Dengan tekstur untuk dijadikan produk yang boleh dipasarkan, Veri.Natural semestinya pilihan yang hebat.

GLAM Lelaki: Bagaimana dan di mana untuk memiliki produk Veri.Natural ini?

SYAIFUL AFZAL: Untuk anda yang ingin mendapatkan produk dari Veri.Natural ini, anda boleh memilikinya dari platform-platform seperti Instagram, Shopee, Lazada, Mysmink, Lamboplace, dan Bunny Bucket, atau pun terus ke laman sesawang kami https://theverinatural.com.

GLAM Lelaki: Apakah perancangan Veri.Natural untuk masa hadapan?

SAIFULLAH: Pada dasarnya, kami akan melancarkan deodoran dalam bentuk stick untuk dipasarkan sekitar bulan Mac 2019. Baunya sedikit berbeza tetapi berasaskan bahan semulajadi yang sama.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Mac 2019

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LAGU KOLABORASI JAY PARK BERSAMA ARTIS MALAYSIA

5 LAGU KOLABORASI JAY PARK BERSAMA ARTIS MALAYSIA

Bacaan Lanjut
AMIR AHNAF

GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
ALPHA'S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI

ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI

Bacaan Lanjut
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

Bacaan Lanjut

NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA

Bacaan Lanjut