AROMA DEADORAN SEMULAJADI DARI VERI.NATURAL, PERANGI BAU BADAN DENGAN BERKESAN
Tuntutan untuk sentiasa berbau wangi dan nyaman pasti menjadi keutamaan apatah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. GL berkesempatan untuk mencuba sendiri krim deadoran Veri.Natural yang 100% diilhamkan dari alam semujaladi. Untuk pengetahuan, krim deadoran Veri.Natural pada asalnya bukan untuk tujuan perniagaan namun lebih kepada kegunaan peribadi sahaja. Veri.Natural diasaskan oleh dua sahabat baik dan bekas jurutera iaitu Syaiful Afzal dan Saifullah.


Saifullah dan Syaiful
GLAM Lelaki: Kenapa deadoran dan minyak wangi?
SYAIFUL AFZAL: Apabila berbicara tentang masalah bau badan yang lebih serius, ramai beranggapan pendekatan pengambilan bahan kimia yang kuat adalah solusi bagi memerangi sumber bau. Untuk tampil berbeza, krim deodorant Veri.Natural adalah vegan dan diperbuat daripada bahan bermutu tinggi. Krim Deodoran ini tidak mengandungi bahan tambahan larangan seperti parabens, sintetik, produk sampingan petrokimia, atau sebatian aluminium yang sering dijumpai di antiperspirant komersil. Yang pasti, ianya 100% dari bahan alami yang menyegarkan.

GLAM Lelaki: Apa yang membezakan krim deadoran Veri.Natural dengan produk-produk lain?
SAIFULLAH: Yang pasti, banyak uji kaji telah dijalankan dan krim buatan sendiri dilihat sangat berkesan. Menyedari bahawa alam semula nyata lebih berkesan dan cukup sesuai untuk dijadikan bahan untuk menghapuskan bau bahan, Veri.Natural sudah semestinya sesuai untuk memerangi masalah bau badan terutama sekali buat kaum lelaki yang dilihat kuat berpeluh berbanding wanita. Dengan tekstur untuk dijadikan produk yang boleh dipasarkan, Veri.Natural semestinya pilihan yang hebat.

GLAM Lelaki: Bagaimana dan di mana untuk memiliki produk Veri.Natural ini?
SYAIFUL AFZAL: Untuk anda yang ingin mendapatkan produk dari Veri.Natural ini, anda boleh memilikinya dari platform-platform seperti Instagram, Shopee, Lazada, Mysmink, Lamboplace, dan Bunny Bucket, atau pun terus ke laman sesawang kami https://theverinatural.com.
GLAM Lelaki: Apakah perancangan Veri.Natural untuk masa hadapan?
SAIFULLAH: Pada dasarnya, kami akan melancarkan deodoran dalam bentuk stick untuk dipasarkan sekitar bulan Mac 2019. Baunya sedikit berbeza tetapi berasaskan bahan semulajadi yang sama.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Mac 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.
8 LAGU BAHARU TEMPATAN ANDA PATUT DENGAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2026
Tiba masanya untuk update playlist lagu anda sempena bulan Oktober 2026 dengan keluaran lagu-lagu dari artis tempatan.
SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG
Selain dari dentuman kereta F1 hujug minggu yang lalu, kehadiran selebriti tempatan di Sepang turut dinantikan oleh peminat.
FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS
Reka bantuk minimalis, identiti jelas, serta ketukangan jam tangan Switzerland menjadi tumpuan utama Fossil Signature CS-1.
SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK
Kenali lima penyanyi lelaki generasi baharu yang sedang mencuri perhatian dan mencipta gelombang tersendiri dalam industri muzik Malaysia.
F1 BAHRAIN DI SEPANG JADI MILIK MAX VERSTAPPEN, HAMILTON KEMBALI DI PODIUM
Malaysia digegarkan dengan dentuman bunyi dari kereta F1 sepanjang hujung minggu yang lalu dengan Bahrain GP di Sepang.











